Skuasy: Eain Yow, Sivasangari tempah separuh akhir

Skuasy: Eain Yow, Sivasangari tempah separuh akhir

NG Eain Yow (kanan) membalas pukulan Gregoire Marche pada suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong, Hong Kong, hari ini. - Ihsan HKFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua wakil negara, Ng Eain Yow dan S. Sivasangari mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka  Hong Kong.

Pilihan ketiga, Eain Yow menewaskan Gregoire Marche dari Perancis 8-11, 11-3, 11-4, 11-2 dalam masa 43 minit pada suku akhir, hari ini.

Bagaimanapun, ujian getir menanti pemain perseorangan lelaki No. 1 negara itu apabila perlu berdepan pilihan pertama, Mohamed Elsherbini pada peringkat empat terbaik jika berhajat menjejakkan kaki ke perlawanan akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jaguh Mesir itu mengetepikan wakil tuan rumah, Henry Leung 9-11, 5-11, 11-7, 11-3, 11-5 dalam satu lagi suku akhir.

Sementara itu, dalam saingan perseorangan wanita, pemain No. 29 dunia, Sivasangari mengejutkan pilihan ketiga, Sabrina Sobhy dari Amerika Syarikat 11-6, 11-8, 7-11, 11-7 dalam masa 42 minit.

Pada separuh akhir, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu berpeluang untuk membalas dendam ke atas pemain No. 13 dunia, Sarah-Jane Perry dari England yang menyingkirkannya pada suku akhir Terbuka Singapura.

Pilihan kedua, Perry mara ke peringkat empat terbaik selepas menumpaskan pilihan kelima, Melissa Alves dari Perancis 3-11, 11-7, 6-11, 11-8, 11-8 dalam masa 54 minit.

Dalam pada itu, nasib berbeza mengiringi seorang lagi wakil Malaysia, Rachel Arnold apabila dia gagal menandingi kehebatan juara remaja dunia, Amina Orfi dari Mesir 11-8, 2-11, 12-14, 2-11 dalam masa 46 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini