Tanah St. Regis Langkawi masih milik LADA

Tanah St. Regis Langkawi masih milik LADA

Kebebasan media
MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tanah yang menempatkan pembangunan hotel mewah, St. Regis di Pulau Langkawi, dekat sini masih berada di bawah hak milik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan, tidak berlaku sebarang proses pajakan ketika hotel tersebut dibina dahulu disebabkan terdapat perjanjian asal yang tidak dipenuhi.

“St. Regis ada isu tanah, pasal adalah salah laku sewaktu proses pembangunan hotel itu dahulu. Kita tak benarkan tanah itu jadi gadaian. (Tapak itu) bukan tanah St. Regis, ia tanah LADA, jadi nak kutip dekat sapa (bayaran pajakan).

“Tanah (masih milik) LADA, kita tak benarkan tanah (yang dibangunkan) St. Regis jadi gadaian untuk projek St. Regis disebabkan isu-isu tadbir urus dalam pembinaan. Kita nak jadikan tanah itu cagaran jadi kita tak tandatangan dan ia tergantung.

“Kalau kata kena kutip pajakan, St. Regis tidak memajak tanah LADA,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, semalam.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Bersama LADA berkata, isu tersebut sepatutnya dirujuk kepada Kementerian Kewangan kerana LADA adalah agensi di bawah kementerian tersebut.

Terdahulu, Laporan­ Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan menyatakan LADA gagal mengutip hasil pajakan tanah bagi dua projek membabitkan jumlah RM11.49 juta.

Menurut laporan itu, ia membabitkan projek pembangunan Hotel St. Regis sebanyak RM3.19 juta sejak 2018 dan pajakan tanah untuk Projek Perkampungan Tok Senik sebanyak RM8.30 juta sejak tahun 2003.

LADA yang berperanan sebagai agensi utama untuk membangun dan memajukan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama dunia ditubuhkan pada 15 Mac 1990 sebagai sebuah badan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×