SPRM sedia siasat individu didakwa cuba sogok ahli Parlimen - Utusan Malaysia

SPRM sedia siasat individu didakwa cuba sogok ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat dakwaan individu cuba menyogok ahli Parlimen seperti yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, laporan mengenai dakwaan itu perlu dibuat sekiranya perkara itu benar-benar dianggap sebagai perlakuan rasuah sebelum siasatan dilakukan.

SPRM dalam satu kenyataan meminta agar ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan tersebut segera tampil membuat aduan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melapor transaksi penyogokan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, SPRM menafikan sekeras-kerasnya tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya suruhanjaya itu dijadikan ‘senjata politik’ dalam melaksanakan tindakannya.

SPRM menegaskan, suruhanjaya ini merupakan sebuah agensi penyiasatan yang bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang tanpa membabitkan kecenderungan politik.

“Tohmahan tersebut dianggap sebagai tidak berasas serta tidak bertanggungjawab kerana perkara itu boleh menjejaskan imej SPRM sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap SPRM,” jelasnya.

Baru-baru ini, ahli Parlimen Sekijang mendakwa, beliau dikunjungi dua individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri yang menawarkan ganjaran sekiranya beliau memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dakwa Natrah, dalam pertemuan itu, dua individu terbabit menyatakan keinginan untuk membantu beliau meneruskan usaha sebagai seorang ahli Parlimen selepas melakukan kerja dengan baik di Sekijang.

Kedua-dua individu berkenaan didakwa bertanya apakah beliau berminat untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin serta manfaat yang boleh diperoleh dengan pemberian sokongan tersebut.

Bagaimanapun, Natrah menjawab beliau tidak berminat untuk menyokong Muhyiddin dan menolak tawaran mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini