FAMA, Golog jamin pemasaran agromakanan lebih efisyen - Utusan Malaysia

FAMA, Golog jamin pemasaran agromakanan lebih efisyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Sebagai sebahagian daripada inisiatif membantu meluaskan lagi pasaran produk pertanian dan usahawan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat logistik tempatan Golog GoBuilders Sdn. Bhd. (Golog).

Melalui kerjasama terbabit, Golog akan menyediakan aplikasi pesanan, khidmat logistik serta ruangan sejuk beku bagi usahawan yang ingin memasarkan barangan mereka ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Golog itu tidak hanya melibatkan jumlah produk yang besar, tetapi syarikat terbabit turut menerima khidmat penghantaran untuk produk dalam skala yang kecil untuk kemudahan pembeli dan peniaga,

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, inisiatif antara FAMA dan Golog itu membuka lembaran baharu kepada usahawan kecil dan sederhana yang sebelum ini mempunyai sedikit kesukaran untuk memasarkan produk dalam skala kecil.

Ini kerana katanya, kebanyakan produk agromakanan cepat rosak terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran, jadi ia memberikan risiko kepada usahawan untuk memasarkan hasil mereka ini.

“Golog akan menyediakan sistem penghantaran produk melalui aplikasi dalam talian serta menyediakan ruang ‘cold room’ bagi produk sejuk beku. Ini memudahkan usahawan untuk memasarkan barangan secara segar.

“Selain itu, Golog juga dapat menyelesaikan isu orang tengah bagi mengurangkan kos
logistik dan golongan sasar mendapat harga yang lebih murah,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara FAMA dan Golog, hari ini.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Golog, Ivan Chin berkata, buat masa ini perkhidmatan penghantaran yang disediakan pihaknya meliputi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

Namun katanya, menjelang hujung tahun ini pihaknya akan meluaskan khidmat penghantaran ke Sabah dan kemudiannya ke Sarawak.

“Dengan adanya perkhidmatan ini, usahawan dapat melebarkan lagi pasaran produk mereka dengan penghantaran yang lebih pantas.

“Sebagai contoh, usahawan Sabah boleh terus memasarkan hasil laut terus ke Semenanjung dan petani dari Cameron Highlands boleh menghantar terus sayur dan buah ke Sabah atau Sarawak dalam tempoh masa yang cepat,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×