AIM25 sangat gah di mata saya - Hael Husaini - Utusan Malaysia

AIM25 sangat gah di mata saya – Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Hael Husaini, menyifatkan penganjuran Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25) kali ini berlangsung dengan cukup gah apabila keseluruhan acara, termasuk sidang akhbar, karpet merah dan pentas utama, disifatkannya berada pada tahap membanggakan.

Hael Husaini atau Hal Husaini Razmi, 39, berkata, dia turut menghargai usaha pasukan AIM25 dan TVS yang memastikan kebajikan artis jemputan serta calon lima terbaik diberikan perhatian sepanjang acara itu berlangsung.

“Saya mahu puji sebenarnya. Penganjuran kali ini sebenarnya sangat gah di mata saya. Dari sidang akhbar, karpet merah hingga ke pentas utama, semuanya berlangsung dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebajikan artis jemputan dan calon lima terbaik terjaga. Gembira dapat tengok kehadiran ramai penggiat seni. Tahniah pasukan AIM dan TVS,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Sementara itu, Siti Nurhaliza turut memuji produksi Sarawak itu yang disifatkannya amat prihatin serta memberikan layanan yang terbaik sepanjang beliau berada di sana.

“Kakak setuju. Alhamdulillah, tahniah TVS menjaga kebajikan para karyawan dengan baik sekali dan melayan tetamu dengan mesra. Alhamdulillah,” katanya.

Pada AIM 25 yang disiarkan secara langsung menerusi TVS dari BCCK, malam tadi, Siti mencatat pencapaian membanggakan apabila membawa pulang empat trofi manakal Hael Husaini pula membawa pulang dua trofi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×