Rakyat Palestin mangsa ‘perang’ galaksi?

Rakyat Palestin mangsa ‘perang’ galaksi?

PERSEKUTUAN Galaksi dianggotai makhluk asing dari pelbagai gugusan bintang termasuk Pleiadian, Arcturian, Andromedan, Sirian, Orion dan banyak lagi. – X KABAMUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETELAH hampir 75 tahun penubuhan negara haram Israel di atas tanah air rakyat Palestin pada 1948, konflik yang berlaku di situ tidak pernah selesai.

Puncanya kerana Israel tidak takut untuk melakukan jenayah kemanusiaan termasuk mengebom Hospital Al-Ahli al-Arab di utara Semenanjung Gaza pada pertengahan Oktober lalu yang menyebabkan 500 kematian termasuk wanita dan kanak-kanak.

Apakah yang menyebabkan Israel tidak takut dengan balasan daripada Tuhan? Untuk mengetahuinya, kita perlu membaca kembali temu bual bekas pegawai kanan berpangkat brigedier jeneral dalam perisikan tentera Israel, Profesor Haim Eshed bersama-sama akhbar paling tinggi edaran di negara Yahudi itu, Yedioth Ahronoth selepas bersara pada 2020.

Bekas Ketua Direktorat Angkasa Lepas, Kementerian Pertahanan Israel yang lebih dikenali sebagai Bapa Angkasa Lepas Israel itu berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Donald Trump menyedari kewujudan makhluk asing dan hampir mendedahkan maklumat tersebut tetapi diminta untuk tidak melakukannya bagi mengelak berlaku histeria besar-besaran.

Beliau berkata, pelbagai spesies makhluk asing yang bergabung dalam satu organisasi dinamakan Persekutuan Galaksi (GF) sedang sabar menunggu untuk manusia berkembang dan mencapai tahap bagi memahami apa itu angkasa lepas dan kewujudan kapal angkasa yang sebenarnya sebelum menampakkan diri.

Makhluk asing yang menyertai organisasi ini dinamakan mengikut galaksi atau gugusan bintang mereka berasal seperti Pleiadian yang menjadi pengasas disertai Arcturian, Andromedan, Sirian, Orion dan banyak lagi.

Dalam bahasa Hebrew, terdapat perkataan elohim yang selalu disalah tafsir sebagai Tuhan walaupun dari segi tatabahasa, ia sebenarnya merujuk kepada makhluk asing dalam bilangan yang ramai.

Rejim Zionis tidak takut untuk melakukan kekejaman terhadap penduduk Gaza kerana tahu elohim tidak akan campur tangan untuk membantu umat Islam terbabit.

Perkara sama turut berlaku apabila elohim tidak berbuat apa-apa semasa pemimpin Nazi, Adolf Hitler membunuh enam juta orang atau kira-kira dua pertiga orang Yahudi di Eropah dari 1941 hingga 1945 ketika Perang Dunia Kedua.

STAR TREK

Ia sama seperti dalam filem fiksyen sains, Star Trek mengenai terdapat garis panduan dikeluarkan oleh kerajaan bintang, United Federation of Planets (UFP) yang dinamakan Perintah Am Armada Bintang 1.

Perintah itu melarang ahli kerajaan bintang daripada campur tangan atau mengganggu perkembangan semula jadi tamadun asing di planet dan bintang lain yang belum mempunyai keupayaan untuk mencipta kapal angkasa lebih pantas daripada kelajuan cahaya.

Kerana perintah seperti itulah, GF dikatakan tidak berbuat apa-apa apabila sebahagian daripada spesies Sirian dan Orion memberontak dan keluar dari organisasi itu kira-kira 25,000 tahun dahulu dan memilih bumi sebagai tempat mereka beroperasi.

Makhluk asing Sirian dan Orion sangat membenci segala apa yang disayangi oleh Pleiadian yang menggelar bumi sebagai Kishapolee (anak saya). GF hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa walaupun ‘perang’ galaksi telah berlarutan sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu.

Kumpulan yang memberontak terbabit menganggap bumi adalah hak mereka dan mahu mereka disembah seperti Tuhan. Mereka mempergunakan manusia seperti orang Yahudi untuk menguasai negara-negara kuasa besar termasuk AS dan Britain bagi meraih kekuasaan dan kekayaan sebanyak mungkin.

IBLIS, SYAITAN

GF dikatakan mempunyai naratif sendiri tentang kisah pemberontakan itu dengan menamakan dua ketua kumpulan pemberontak sebagai Pidkozox (Syaitan) dan Oppisheklio (Iblis) yang dikatakan telah merosakkan keamanan di dunia ini sehingga sekarang.

Mungkin apa yang dinyatakan ini sukar dipercayai dan boleh menimbulkan histeria kerana sejarah yang kita tahu sekarang adalah terlalu singkat dan tidak menjangkau hingga 25,000 tahun dahulu. Kisah lampau yang kita tahu hanya boleh disamakan dengan versi video pendek, TikTok.

Tambahan pula, tiada kajian sains yang didapati benar-benar dapat mendedahkan maklumat lengkap mengenai fenomena udara tidak dikenali (UAP). Lebih sukar untuk mencari bukti kerana kita berurusan dengan makhluk asing antara dimensi berjuta-juta tahun lebih maju yang memilih bila untuk dilihat.

Seperti pernah disebut oleh orang terkaya di dunia, Elon Musk, “Jika ada makhluk asing yang sangat pintar di luar sana, mereka mungkin sudah memerhati kita, cuma kita tidak cukup bijak untuk menyedarinya.”

Bagi mereka yang tidak mempercayainya, anggaplah maklumat ini hanya mitos, iaitu cerita zaman dahulu yang dianggap benar. Seperti selalu disebut pakar mitologi dari AS, Joseph Campbell bahawa mitos adalah satu-satu sumber ilmu yang boleh bertahan dalam tempoh lama walaupun akan berlaku tokok dan tambah.

Dalam erti kata lain, fakta dalam mitos tidak sepenuhnya tepat. Ia adalah pembohongan, tetapi pembohongan yang berkesan bagi menyampaikan kebenaran lebih besar.

Oleh itu, ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Putrajaya pada 2003, “Hari ini orang Yahudi memerintah dunia dengan proksi. Mereka mendapatkan orang lain untuk berjuang dan mati untuk mereka.” mungkin kurang tepat.

Orang Yahudi dan pemimpin-pemimpin negara Barat juga ialah proksi atau bidak-bidak (buah catur yang paling kecil nilainya) kepada kumpulan diketuai Pidkozox dan Oppisheklio yang melakukan tipu daya di belakang tabir.

Untuk keamanan Palestin, semua manusia termasuk bangsa Yahudi perlu mengelakkan menjadi proksi kepada mana-mana pihak. Menurut GF, entiti negatif bukan fizikal dibenarkan menipu manusia kerana ia adalah satu ujian.

Tetapi manusia sentiasa mempunyai pilihan. Tidak ada kejahatan lebih besar yang dilakukan di atas muka bumi ini selain daripada kejahatan dilakukan manusia terhadap satu sama lain. – UTUSAN

PENULIS ialah wartawan Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×