Kenapa takut dengan Muda - Utusan Malaysia

Kenapa takut dengan Muda

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua kiri) bersama rakan-rakan pengasas pada pelancaran perniagaan Coox di Damansara, Petaling Jaya, semalam. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikai tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang sehingga kini belum memberi kelulusan ter­hadap permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Menurutnya, Muda telah berulang kali memenuhi semua prosedur yang dikehendaki dan melengkapkan semua proses dokumentasi, dan sepatutnya tiada alasan untuk pihak ROS tidak meluluskan pendaftaran parti itu.

“Kita telah buat rayuan secara rasmi kepada Menteri (Dalam Negeri), dah sebulan dan sampai hari ini belum dapat jawapan. Jujurnya ia adalah tanggungjawab ROS dan menteri untuk bantu proses pendaftaran kerana proses demokrasi yang perlu diraikan di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya masih ingat bila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengepalai usaha Bersatu untuk didaftarkan, kurang dari sebulan terus dapat kelulusan sedangkan masa itu di bawah pentadbiran UMNO BN.

“Kenapa Muda yang dikatakan parti serpihan, tak ada pengaruh, lemah dan tewas, begitu takut sekali untuk luluskan Muda,” soalnya ketika majlis pelancaran Coox di Damansara, semalam.

Tambah Syed Saddiq, beliau percaya penangguhan kelulusan pendaftaran parti itu melibatkan campur tangan politik, namun pihaknya masih cuba berunding dengan baik bersama ROS dan pihak Kementerian Dalam Negeri.

Tegasnya, jika perkara gagal diselesaikan, beliau akan mencari jalan lain termasuk memfailkan perkara tersebut di mahkamah.

“Kita dah buat rundingan dari September tahun lepas, bukannya kita terus ke mahkamah, kami nak berunding sebaik mungkin. Kita dah ulang alik jumpa ROS, jumpa menteri berkali-kali tapi kalau sampai hari ini proses itu belum dimuktamadkan, apa yang mereka minta kita dah ikut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini