400 terbunuh dalam tempoh 24 jam di Gaza akibat serangan udara Zionis - Utusan Malaysia

400 terbunuh dalam tempoh 24 jam di Gaza akibat serangan udara Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza selepas tentera Israel melancarkan serangan udara dalam tempoh 24 jam lalu.

Media Palestin menyifatkan situasi itu sebagai ‘pengeboman paling dahsyat’ sejak 7 Oktober lalu.

Menurut agensi berita WAFA, sekurang-kurangnya 25 serangan udara Israel menyasarkan kawasan penempatan di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor WAFA, kebanyakan serangan juga menyasarkan penduduk awam tanpa sebarang amaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini