Tumpu isu penindasan tentera Israel - Duta Palestin

Tumpu isu penindasan Israel, tak perlu campur tangan isu dalaman Palestin

WALID ABU ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konflik antara kumpulan Hamas dan Fatah tidak perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya yang perlu diberi keutamaan masa ini adalah isu penindasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Duta Palestin, Walid Abu Ali berkata, pertelingkahan antara dua kumpulan yang pernah mencetuskan perang saudara itu merupakan isu dalaman negara itu yang hanya boleh diselesaikan oleh rakyat Palestin sendiri.

Justeru, beliau berharap rakyat negara ini memberi fokus terhadap usaha membantu rakyat Palestin tanpa mencampuri isu dalaman negara berkenaan.

“Mesej saya mudah dan situasi di sana sama sebagaimana di Malaysia. Demi negara, tidak mengira awak penyokong PKR, UMNO, Pas, DAP atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), negara mesti diutamakan.

“Bagi saya isu utama adalah pembebasan Palestin. Isu antara Fatah dan Hamas ialah isu dalaman. Jadi, biarkan rakyat Palestin sendiri yang menyelesaikan sebarang pertikaian atau konflik antara kedua-dua organisasi ini. Komuniti antarabangsa perlu pergi kepada isu utama iaitu penindasan yang dilakukan Israel kepada kami,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Setakat ini lebih 1,000 warga Palestin terkorban akibat serangan Israel, manakala seramai 1,000 penceroboh Israel maut akibat serangan pejuang Hamas.

Dalam pada itu Walid berkata, Malaysia disifatkan sebagai antara negara yang paling selamat bagi rakyat Palestin untuk mencari perlindungan daripada sebarang ancaman terutama membabitkan agensi perisikan Israel.

“Sudah tentu (Malaysia selamat). Saya sendiri sudah mencecah umur lebih 60 tahun dan berdepan dengan pelbagai pahit getir sejak berumur 18 tahun.

“Malah saya sudah tinggal bersama Israel sejak tahun 1975. Jadi, saya tahu bagaimana mahu ‘berurusan’ dengan Israel. Dan mereka juga tahu segalanya tentang kami.

“Saya tidak pernah dan tidak perlu takut kepada mereka dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan pada hari ini dan juga esok,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×