Impak suntingan dalam fotografi fesyen - Utusan Malaysia

Impak suntingan dalam fotografi fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Suntingan digital menjadi elemen penting dalam fotografi fesyen. Ia bukan sahaja memberikan peluang untuk meningkatkan dan mengubah gambar dengan cara yang kreatif, bahkan berupaya mengubah naratif sesebuah gambar dengan cara yang luar biasa.

Penggunaan teknologi ini membuka peluang baharu dan mencipta cabaran kreatif dalam mempelbagaikan karya fotografi fesyen.

Suntingan ini mengubah komposisi model dari 90 darjah ke kedudukan diagonal bagi mengimbangi penambahan tata rias kepala bertujuan memperlihatkan volume di dalam gambar, selain menghapuskan kesan cela yang ada pada permukaan kulit model. Suntingan ke atas solekan bagi memperlihatkan warna emas pada mata model.
Gambar: Iqmal Kamal
Suntingan: Saleh Wahab

Menerusi suntingan digital, jurufoto fesyen dapat meningkatkan pencahayaan, keseimbangan warna dan kejelasan gambar.

Mereka juga boleh menghapuskan kecacatan kecil, seperti jerawat atau cela pada pakaian dan kulit model.

Suntingan digital juga membolehkan jurufoto mencipta kesan artistik dengan menerapkan pelbagai kesan istimewa, tona ataupun tekstur pada gambar.

Tidak hanya itu, suntingan digital juga membolehkan jurufoto mencipta komposisi lebih menarik dan dinamik dengan menyusun semula elemen-elemen dalam gambar.

Suntingan digital membolehkan jurufoto merubah gambar daripada berwarna menjadi hitam putih mengikut kesesuaian tema dan konsep yang ingin dipaparkan. Suntingan ini turut berjaya merubah komposisi gambar menjadi lebih luas apabila latar belakangnya dilebarkan ke atas. Proses ini seterusnya membolehkan jurufoto menambah nilai kepada tatarias agar lebih besar, sekali gus memberi impak seimbang kepada gambar walaupun kedudukan model berada di paras lebih rendah.
Gambar: Iqmal Kamal
Suntingan: Ishak Ramli

Mereka juga boleh menyesuaikan kontras, kecerahan dan saturasi untuk meningkatkan impak visual dan menarik perhatian penonton.

Penting untuk diingatkan bahawa walaupun suntingan digital memberi peluang untuk kreativiti, ia perlu digunakan dengan bijak.

Terlalu banyak suntingan boleh mengubah ciri semulajadi model atau pakaian, menyebabkan kesan yang tidak realistik atau mengelirukan.

Suntingan digital adalah alat yang berkuasa dalam fotografi fesyen, tetapi kecekapan dan kesederhanaan perlu diutamakan untuk mengekalkan kesan semulajadi dan keaslian dalam setiap hasil akhir.

Artikel sumbangan Pensyarah Kanan Jabatan Fotografi; Pengimejan Kreatif Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM, Perak, Mohd. Radzuan Mohd. Rafee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×