‘Saya tak mahu peristiwa sama berlaku kepada ibu lain’

‘Saya tak mahu peristiwa sama berlaku kepada ibu lain’

K. VATHMA (tiga dari kanan) bersama ahli keluarga lain berkumpul secara aman di hadapan Kompleks Mahkamah Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: “Saya tak mahu pengalaman yang saya lalui ini turut dirasai oleh ibu-ibu lain. Peristiwa ini memang musibah bagi saya dan keluarga.”

Itu luahan K. Vathma, 55, ibu kepada mendiang R. Darvnrajh yang dipercayai dibunuh pada 10 September lalu di tepi jalan Ladang Gadek, Kemuning di sini.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Vathma berkata, keluarganya menuntut keadilan sewajarnya agar pelaku menerima hukuman setimpal dengan jenayah dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menganggap kejadian yang berlaku ke atas anak sulung saya sebagai musibah yang tidak dapat dielakkan. Saya mahu kematian Darvnrajh menjadi pengajaran kepada semua pihak agak kejadian sama tidak berulang.

“Saya mahu keadilan untuk anak saya. Dulu ada dua anak tetapi sekarang tinggal seorang. Terima kasih kepada polis yang banyak membantu keluarga untuk mencari jasad anak saya. Kalau perkara (kejadian) ini disedari lebih awal tentu Darvnrajh dapat diselamatkan tetapi apa boleh buat, sudah takdir begini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Gajah.

Semalam, tiga rakan A.A. Dinesh, R.C. Veeraganeish dan V. Sasikumar yang masing-masing berusia 25 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh Darvnrajh.

Sementara itu, kira-kira 12 ahli keluarga terdekat Darvnrajh berkumpul secara aman di luar Kompleks Mahkamah Alor Gajah sebagai tanda solidariti dan menuntut keadilan sewajarnya terhadap mendiang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×