Seronok sambut pelumba LTdL

Seronok sambut pelumba LTdL

MURID Sekolah Kebangsaan Baling bersemangat melaungkan sorakan di bahu jalan ketika pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) melintasi sekolah mereka di Baling, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Lebih 700 pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Baling teruja apabila diberi peluang turut serta dalam pertandingan Sorakan ‘Voice of Le Tour de Langkawi’ bagi menyambut kedatangan pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL).

Guru yang juga pengarah pentas, Faizah Md. Amin berkata, mereka berasa sangat berbangga dan gembira apabila diberitahu terpilih menyertai pertandingan pasukan sorak untuk kategori sekolah sempena acara berprestij dunia itu.

“Difahamkan sebanyak 60 pasukan sorakan antara sekolah-sekolah yang bertanding kali ini. Sebelum ini kami hanya melihat sahaja peserta LTdL lalu di hadapan sekolah, tetapi tahun ini kami juga menyertainya walaupun hanya sebagai pasukan sorak,” katanya ketika ditemui.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, murid-murid terlibat berlatih kira-kira dua minggu untuk mempamerkan persembahan mereka dan memberi kerjasama baik ketika latihan sehinggalah tiba hari pertandingan.

“Sejak pukul 8 pagi sehingga selesai pelumba-pelumba LTdL melalui jalan utama di depan sekolah, barulah murid-murid bersurai dan sangat kagum dengan semangat yang mereka tunjukkan tanpa rasa letih dan jemu,” katanya.

Katanya, ia pertama kali SK Baling menyertai pertandingan itu mengharapkan kemenangan berpihak kepada mereka walaupun terpaksa bersaing dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling, SK Tiak dan SK Kuala Kuang di daerah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×