PDRM keluarkan 116,103 saman ekor pemandu tegar

PDRM keluarkan 116,103 saman ekor pemandu tegar

MAT KASIM KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 116,103 saman dengan anggaran nilai lebih RM34 juta di seluruh negara dalam operasi saman tembak laju sejak 21 Ogos lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, daripada jumlah tersebut, pemandu kereta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 93,203 saman manakala 20,569 saman dikenakan terhadap lain-lain kendera­an antaranya pemandu kereta pacuan empat roda, van dan teksi.

Katanya, selain itu, sebanyak 1,757 saman turut dikenakan terhadap kenderaan perdagangan manakala 574 lagi dikeluarkan kepada penunggang motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Negeri tertinggi saman tembak laju dikeluarkan adalah di Selangor iaitu 34,440 saman.

“Operasi ini dijalankan bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam negara terutamanya kesalahan memandu melebihi had laju antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Mat Kassim, kese­mua notis pemberitahuan saman K170A akan disampaikan kepada pemilik kenderaan mengikut alamat lesen memandu secara pos surat berdaftar.

Jelasnya, semua kesalahan memandu melebihi had laju boleh dikompaun dan boleh dijelaskan di mana-mana bahagian trafik daerah di seluruh negara.

“Dalam operasi berkenaan, JSPT menggunakan kamera tem­bak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan dengan saman dan notis saman K170A akan diposkan kemudian,” ujarnya.

21 Ogos lalu, PDRM melaksanakan operasi saman ekor atau saman tembak laju bagi mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju yang dikuatkuasakan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Susulan itu, pesalah trafik yang dikesan melakukan kesa­lahan itu di jalan Persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman di bawah notis saman K170A.

Saman kompaun bernilai RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan melakukan kesalahan melebihi had laju. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×