Malaysia mahu selesai pertikaian Laut China Selatan secara aman

Malaysia mahu selesai pertikaian Laut China Selatan secara aman

ANWAR Ibrahim bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Antonio Guterres dalam SIdang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia, semalam. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengulangi komitmen untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan secara aman mengikut undang-undang antarabangsa termasuk Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian itu sewaktu Sidang Kemuncak Asia Timur ke-18 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia semalam.

Dalam sidang sama, Anwar menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengelakkan kegalauan (kekalutan) dan diskriminasi dalam menangani konflik dan penderitaan manusia di Palestin.

“Dalam ucapan, saya turut meminta rakan dialog supaya menggunakan wewenang sebaiknya agar sebarang bentuk perkauman, Islamofobia dan Xenophobia tidak boleh diterima dan harus dikecam sekeras-kerasnya

“Mesyuarat tersebut juga membincangkan keperluan bagi Negara-negara Peserta EAS (EPCs) untuk mengukuhkan komitmen mereka terhadap prinsip-prinsip asas EAS,” katanya.

Selain sidang itu, Anwar juga menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-20 yang dihadiri Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Malah Perdana Menteri juga mengambil bahagian secara aktif dalam dua sidang kemuncak lain iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Australia ketiga dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke-13.

Semasa mesyuarat ini, jadual Anwar termasuk tiga mesyuarat dua hala, di mana beliau akan terlibat dalam perbincangan dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin dan Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao.

Beliau kemudian menghadiri majlis penutup sidang kemuncak itu dan menyaksikan penyerahan rasmi jawatan Pengerusi ASEAN kepada Laos, sebelum pulang ke tanah air selepas berada di Jakarta sejak Selasa lalu.

Sidang kemuncak itu adalah penyertaan pertama Anwar dengan tujuh rakan dialog iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×