Pergiat R&D untuk pembangunan negara - Utusan Malaysia

Pergiat R&D untuk pembangunan negara

PENYELIDIKAN dan pembangunan (R&D) dalam bidang kesihatan dan pertanian diperlukan bagi memastikan ekonomi negara pulih ekoran penularan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEWUJUDAN pandemik Covid-19 ini telah menyedarkan kepada masyarakat dan kerajaan bahawa penyelidikan dan pembangunan (R&D) amat penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara .

Bidang yang amat diperlukan pada masa ini ialah R&D dalam kesihatan. Kita harus mencontohi China di mana pada tahun 2018, negara berkenaan berada di belakang Amerika Syarikat dalam perbelanjaan R&D.

Hasilnya China mampu bersaing dengan kuasa besar dalam pelbagai bidang seperti berjaya menghasilkan vaksin Covid-19. Amerika Syarikat pula lebih terkenal dengan vaksin Pfizer- Biotech, India dengan Bharat Biotech dan Eropah dengan vaksin Astra Zeneca.

Namun, negara Islam seperti Malaysia masih menunggu bekalan vaksin dari Pfizer untuk 26.5 juta rakyatnya.

Penghasilan vaksin Covid-19 ini telah menjadi kayu ukur dalam pencapaian sesebuah negara dalam penyelidikan dan pembangunan khususnya bagi bidang kesihatan.

Di negara ini bukannya tiada penyelidikan yang dijalankan di universiti, tetapi hasil penyelidikan itu tidak direalisasikan, sebaliknya hanya disimpan sebagai rujukan akademi semata- mata.

Sudah sampai masanya kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan bagi mengasah serta mencungkil bakat rakyat dalam bidang ciptaan dan inovasi.

Sudah pasti kita tidak mahu negara Islam hanya kekal sebagai pembeli dan pengguna selama- lamanya. Umpamanya, di bidang pertanian, kita perlukan R&D untuk memajukan hasil pertanian dan mencipta mesin penanaman yang kemudian boleh dieksport untuk memajukan ekonomi dan rakyat sendiri.

Kesimpulannya, R&D perlu diperkasakan dalam usaha untuk Malaysia menjadi negara yang bermandiri.

ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×