Polis siasat Muhyiddin berkaitan ‘fatwa’ politik 

Polis siasat Muhyiddin berkaitan ‘fatwa’ politik 

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya berkaitan ‘fatwa’ politik dalam ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kempas, Johor, kelmarin.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

RAZARUDIN HUSAIN

Katanya, setakat ini pihak polis menerima satu laporan yang dibuat di Kuala Lumpur.

“Ya, ada satu laporan diterima dan kita telah buka siasatan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman.

“Tindakan selanjutnya dengan mengambil keterangan beliau dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin didakwa menyatakan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada PRK Parlimen Pulai.

Muhyiddin mendakwa, ia sebagai menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

“Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kayat (calon PH di Parlimen Pulai), bekas Speaker (DUN Johor). Jangan bagi satu undi pun.

“Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya ini, ikut fatwa mana. Namun tak boleh (undi) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang, sudah sembilan bulan berlalu ujian (bagi rakyat) macam soal kenaikan harga barang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×