Muhyiddin, Syed Saddiq lebih perlu letak jawatan - Utusan Malaysia

Muhyiddin, Syed Saddiq lebih perlu letak jawatan

MUHYIDDIN Yassin tidak sepatutnya menyebarkan propaganda jahat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELESAI Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) yang menyaksikan kekalnya status quo di negeri-negeri Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), ramai ahli akademik menggesa supaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Antara yang sudah bersuara ialah Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang berpendapat UMNO perlu mengganti presidennya yang terjebak dalam hal-hal yang merugikan parti kerana ia menjadi liabiliti di bawah.

Seterusnya ialah Prof. Emeritus Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang berkata keputusan PRN ini petunjuk jelas kepada Ahmad Zahid supaya berundur secara terhormat kerana beliau menjadi liabiliti Kerajaan Perpaduan dan BN-UMNO berikutan kes mahkamah beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak ketinggalan ialah Dr. Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) yang berpandangan Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab atas kekalahan besar UMNO serta mencontohi Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berundur dari jawatan presiden selepas UMNO-BN kecundang.

Alasan UMNO gagal bila hanya menang 19 kerusi berbanding 89 kerusi kalah memberikan peratusan kemenangan 17.6% berpunca daripada Ahmad Zahid sahaja tidak boleh diterima sepenuhnya kerana Parti Amanah Negara juga mendapat markah gagal dengan 25.8% sahaja bila hanya menang lapan kerusi berbanding 23 kerusi yang kalah walaupun presidennya tiada masalah.

Masalahnya lebih mendasar daripada Ahmad Zahid seorang. Jika kerjasama UMNO-Barisan Nasional (BN) dengan DAP-PH menjadi punca utama penolakan pengundi Melayu ke atas UMNO maka semua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bertanggungjawab ke atasnya kerana mereka bersetuju dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Kekalahan adalah tanggungjawab bersama. Jika Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO dikatakan punca kekalahan maka yang perlu memikul tanggungjawab adalah semua ahli MKT dan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sebulat suara memberi mandat kepada beliau untuk memegang jawatan tersebut tanpa bertanding.

Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026 yang dilakukan mengikut perlembagaan parti dan disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) baru sahaja berlangsung pada 19 Mac lalu. Tatkala dipilih sebagai Presiden UMNO, kerjasama UMNO-BN dengan DAP-PH telah berlangsung selama empat bulan, jika ia menjadi masalah kenapa tidak ditimbulkan pada waktu itu?

Ahli-ahli akademik yang menggesa Ahmad Zahid berundur perlu faham tanggungjawab diberikan kepada beliau oleh ahli dan pemimpin UMNO. Mandat beliau sebagai Presiden UMNO baru sahaja diperbaharui kira-kira lima bulan lalu. Begitu juga dengan mandat sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru sahaja melewati tempoh lapan bulan.

LARI

Tidak bertanggungjawab untuk seorang ketua lari di tengah jalan. Apa yang lebih perlu adalah untuk membuat introspeksi punca kegagalan dalam PRN lalu seterusnya mengambil langkah pembetulan segera bagi memperbetulkan hala tuju parti selaras dengan aspirasi semasa rakyat. Jika didapati lebih banyak dasar pro-Melayu Islam perlu dibuat maka buatlah.

Post-mortem ikhlas oleh badan kaji selidik bebas akan membolehkan UMNO membuat penambahbaikan dalam segala segi. Menyalahkan pemimpin tertinggi dan meletakkannya sebagai kambing hitam adalah perkara mudah tetapi tidak wajar dilakukan kerana segala keputusan parti bukan dibuat beliau seorang tetapi oleh semua ahli MKT dan lima pemimpin tertinggi UMNO.

Jika dibandingkan kepada pengunduran Najib selepas UMNO-BN mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, ia didahului oleh gesaan daripada ramai pemimpin UMNO sendiri. Keadaan berbeza sekarang kerana yang menggesa supaya berundur bukan pemimpin UMNO tetapi orang luar atau bekas pemimpin parti seperti Tan Sri Idris Jusoh.

UMNO mempunyai tatacaranya sendiri. Jika benar Ahmad Zahid dikatakan faktor kekalahan UMNO-BN, perlembagaan parti membenarkan perlucutan jawatan beliau. Ini boleh dilakukan jika dua pertiga ahli MKT atau satu perdua bahagian yang membuat mesyuarat Perwakilan Khas membuat permintaan bertulis untuk mengadakan Perhimpunan Agung Khas (PAK).

Dalam PAK tersebut, bukan sahaja jawatan ahli MKT termasuk presiden dan timbalan presiden boleh dilucutkan malah MKT itu sendiri boleh dibubarkan jika usul begini mendapat undian tidak kurang dari dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir. Soalnya apakah benar gesaan supaya Ahmad Zahid berundur ini datang daripada ahli UMNO sendiri? Atau adakah gesaan ini sebenarnya agenda lawan

UMNO-BN yang sengaja mahu melihat UMNO-BN berkocak setelah cubaan mereka merampas tiga negeri milik PH-BN tidak tercapai? Pihak yang akan untung jika Ahmad Zahid berundur ialah pihak yang mahu melihat Kerajaan Perpaduan terkubur di tengah jalan kerana beliau merupakan pendukung terkuat Kerajaan Perpaduan.

Pihak yang sebenarnya lebih perlu meletakkan jawatan ialah presiden yang bloknya hilang banyak wang deposit. Tiada calon BN-UMNO yang hilang wang deposit tetapi memalukan kerana 18 calon PN dan 19 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hilang wang deposit menyebabkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, lebih perlu meletakkan jawatan. – UTUSAN

DR. Fauzi Shaffie ialah penganalisis politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×