Vaksin tidak jadikan anda kebal - Utusan Malaysia

Vaksin tidak jadikan anda kebal

JACOB GEORGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai tidak kebal walaupun telah disuntik vaksin Covid-19 dan perlu kekal patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr. Jacob George berkata, vaksin ini tidak boleh menjadi ‘silver bullet’ bahawa selepas menerima suntikan, masyarakat tidak lagi perlu mengikuti SOP.

“Rakyat jangan salah faham dan anggap bahawa selepas menerima vaksin, mereka tidak lagi perlu patuhi dan ikut SOP yang ada sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan terlalu yakin, kita masih perlu mematuhi dan mengikut protokol tertentu yang telah diutamakan seperti sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kumpulan pertama bekalan vaksin Covid -19 Pfizer-BioNTech selamat tiba di Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat pukul 10 pagi, semalam.

Vaksin itu berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Ia dibawa dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Bercakap mengenai penerimaan orang ramai terhadap vaksin berkenaan, tambah Jacob, masyarakat tidak perlu terlalu takut untuk menerima vaksin tersebut kerana dalam semua keputusan yang diperoleh, risikonya tidak begitu ketara seperti yang di perkatakan dalam laman media sosial.

Beliau memberitahu, vaksin bukan sahaja bakal memberikan kita peluang kesembuhan daripada virus Covid-19 ini, malah, ia juga memberi satu norma baharu dalam kehidupan dengan pemulihan ekonomi negara serta peluang pekerjaan dapat kembali dibuka seperti biasa.

Katanya, jika dilihat pelaksanaan program vaksin di negara-negara lain, kita sudah jauh ketinggalan jika dibandingkan.

“Negara lain sudah memasuki fasa kedua penerimaan vaksin ini manakala negara kita baru sahaja terima bekalan vaksin yang pertama,” katanya.

Namun, Jacob turut menyarankan supaya para pemimpin politik berhenti ambil kesempatan dengan menjadikan vaksin ini sebagai satu propaganda parti mereka.

“Sudah hampir 45 tahun saya dalam bidang ini dan hampir kesemua keadaan negara saya sudah lihat, sejujurnya saya sedikit dukacita dengan cara pelaksanaan yang tidak begitu profesional apabila ada pihak yang cuba ambil kesempatan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini