Saya mahukan pengakhiran aman – Diana Danielle

Saya mahukan pengakhiran aman – Diana Danielle

DIANA Danielle meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas menghadiri kes tuntutan hadanah interim, semalam. – UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle berharap kemelut rumah tangganya berakhir dengan baik agar hubungan dengan Farid Kamil kekal meskipun tidak lagi bergelar suami isteri selepas ini.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Beeson, 32, berkata, dia enggan bermusuhan, sebaliknya sentiasa mengharapkan pengakhiran terbaik untuk mereka dan anak-anak.

“Mestilah saya mahukan pengakhiran yang aman untuk kami kekalkan hubungan baik demi silaturrahim kami dan anak-anak.

“Saya doakan kami dapat mencapai pengakhiran yang baik. Itu sahaja yang boleh saya doakan.

“Saya akan lega bila ia betul-betul berakhir. Sekarang ini saya masih menunggu keputusan dan Insya-Allah, saya bersangka baik,” katanya kepada pemberita usai prosiding kes tuntutan hadanah interim di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dekat sini, semalam.

Diana ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, bagaimanapun Farid tidak hadir atas faktor kesihatan.

Kemelut rumah tangga pasa­ngan selebriti itu tercetus selepas Diana memfailkan permohonan cerai 10 Mac lalu.

Pengakhiran kes tersebut bakal terjawab apabila mereka diputuskan mahkamah esok.

Mengulas lanjut, Diana berkata, dia bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kepada rumah tangganya.

“Saya tidaklah berdebar, cuma sentimen (kes perceraian) ini tinggi kerana membabitkan keluarga, hati, perasaan, masa depan dan banyak perkara. Jadi kena pandang perkara ini secara serius,” katanya.

Diana dalam masa sama mengesahkan penjagaan anak buat masa ini berjalan baik tanpa sebarang masalah.

“Saya tak mahu rumitkan keadaan. Jadi saya tak mahu terlalu banyak memberi kenyataan kerana pihak sebelah sana tidak ada di sini, hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×