PUTRAJAYA: Sebanyak 103,197 kertas undi pos disediakan bagi pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu pada Sabtu ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos itu dilaksanakan bermula 31 Julai lalu oleh petugas pilihan raya di kesemua 245 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu bahagian Parlimen.
“Bagi PRN 102,070 kertas undi pos dikeluarkan.
“Selain itu, 7,972 undi pos bagi kategori warganegara di luar negara serta 4,705 (agensi dan organisasi) dan 1,727 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya dalam kenyataan semalam.
Ikmalrudin berkata, bagi PRK Kuala Terengganu pula, SPR mengeluarkan 1,127 kertas undi untuk 961 Kategori 1A, 77 undi pos bagi Kategori 1B, 71 Kategori 1C dan 18 PTH Luar Negara. – UTUSAN











