Keistimewaan Golden Hour dan Blue Hour - Utusan Malaysia

Keistimewaan Golden Hour dan Blue Hour

(Waktu Biru): Menggunakan kamera mirrorless, Lensa 200-600mm, Kelajuan Pengatup 1/1 sec, Bukaan f/10, ISO 100.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jurufoto selalu berbincang fotografi menggunakan frasa ‘waktu emas’ atau ‘waktu biru’. Jadi apakah dan bila waktu ini, dan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk mengambil gambar yang lebih baik?

Waktu keemasan ialah tempoh masa sejurus selepas matahari terbit dan sebelum matahari terbenam di mana seluruh langit bercahaya oren hangat. Manakala waktu biru pula ialah tempoh masa sejurus sebelum matahari terbit dan sejurus selepas matahari terbenam di mana matahari berada di bawah ufuk sehingga langit masih terang benderang, ia adalah masa terbaik untuk fotografi.

Di Khatulistiwa, waktu emas boleh menjadi selama 30 minit sahaja, manakala di bahagian utara atau selatan, pada masa tertentu dalam setahun waktu emas boleh bertahan sepanjang dua atau empat jam di siang hari. Waktu emas sering digelar ‘masa ajaib’ oleh sinematografi filem, mahupun jurufoto profesional dan mereka tidak salah.

(Waktu Biru): Menggunakan kamera mirrorless, Lensa 200-600mm, Kelajuan Pengatup 1/1 sec, Bukaan f/10, ISO 100.

Waktu biru kurang mendapat perhatian daripada waktu emas, tetapi ia juga tidak kurang bagus untuk fotografi. Sebaik sahaja matahari berada di bawah ufuk, semua cahaya oren yang menjadikan masa keemasan itu begitu istimewa akan dipanah kembali ke angkasa lepas. Ini bermakna langit dan pemandangan yang anda ambil disinari oleh cahaya biru yang dipantulkan di atmosfera.

Oleh kerana tiada sumber cahaya langsung, pencahayaan jam biru adalah sangat lembut. Ia boleh membawa kepada imej yang sangat tenang seperti berada di dunia lain.

(Waktu Emas): Menggunakan kamera mirrorless, Lensa 200-600mm, Kelajuan Pengatup 1/60 sec, Bukaan f/10, ISO 200.

Ini bermakna segala-galanya akan menyala sama rata tanpa bayang-bayang yang perlu dibimbangkan atau menjejaskan gambar.
Untuk mendapatkan imej yang lebih baik, sentiasa fikirkan Low Light.

Walaupun permulaan waktu emas agak terang, pada masa matahari terbenam dan memasuki waktu biru, paras cahaya akan berkurangan dengan banyak.

Jika anda mengambil gambar landskap, bawa tripod dan pelepasan kabel.

Gunakan bukaan lensa sederhana dan tetapan kepada mod manual. Selain itu, jangan takut untuk meningkatkan ISO anda semasa proses rakaman berjalan.

Walaupun waktu emas dan biru berlaku pada waktu yang boleh diramalkan, tetapi ia juga bergantung kepada cuaca. Selepas hujan antara masa yang sesuai untuk membidik waktu emas atau waktu biru, kalau anda bernasib baik pelangi muncul ketika itu.

Untuk menghasilkan gambar ‘waktu emas’ atau ‘waktu biru’ yang paling cantik, jurufoto jangan cepat putus asa, sentiasa mencuba sehingga menjadi sempurna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×