Pas sempadan Thailand habis, pengusaha pelancongan rugi

Pas sempadan Thailand habis, pengusaha pelancongan rugi

NOTIS pemakluman berkait permohonan pas sempadan yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengusaha pelancongan di negeri ini mendakwa kerugian selepas pas sempadan untuk ke Thailand didakwa ‘habis’ sejak sebulan lalu.

Dakwa mereka, situasi itu menyebabkan pelanggan mere­ka terpaksa membatalkan tem­pahan untuk melancong ke negara ‘Gajah Putih’ itu.

Seorang pengusaha pelanco­ngan, Zulkifli Safar mendakwa, hampir semua pejabat imigre­sen negeri ini kehabisan stok pas sempadan tersebut terma­suk di Rantau Panjang dan Bukit Bunga, Tanah Merah

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan berkemungkinan besar lebih banyak kerugian terpaksa ditanggung oleh pengusaha pelancong.

“Biasanya, urusan melancong ke Thailand mengambil ma­sa hampir sebulan terutama kakitangan kerajaan apabila me­reka perlu mendapat kebenaran jabatan masing masing dan memerlukan salinan pas sempadan yang sah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kelantan, Azhar Abd. Hamid ketika dihubungi berkata, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

“Insya-Allah isu pas sempadan habis stok ini akan selesai dalam tempoh hampir seminggu lagi. Kita harap orang ramai bersabar sehingga masalah ini selesai.

“Bagi orang ramai yang ada kes kecemasan untuk ke negara jiran, mereka boleh menggunakan pasport. Hal ini kerana pas sempadan bukan satu-satunya dokumen yang boleh digunakan untuk memasuki negara jiran,” ujarnya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, pas sempadan di Ke­lantan mengalami masalah apa­bila ia berkurangan sejak Mei lalu.

Azhar berkata, kekurangan pas sempadan berikutan pertambahan permohonan dari 200 orang pada hari biasa kepada 400 hingga 500 orang pada waktu cuti sekolah dan hari raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini