Pengundi puas hati prestasi PH tadbir tiga negeri - Rafizi

Pengundi puas hati prestasi PH tadbir tiga negeri – Rafizi

RAFIZI Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) dijangka akan terus mendapat sokongan dalam kalangan pengundi di tiga buah negeri yang ditadbirnya iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia berdasarkan dapatan data dan kaji selidik tahap kepuasan pengundi terhadap pentadbiran kerajaan PH di ketiga-tiga buah negeri terbabit.

“Walaupun saya tidak sebut secara terperinci malam ini, apa yang saya boleh sebut, ketiga-tiga negeri PH yang berkuasa sekarang ini, ketiga-tiganya menunjukkan tahap kepuasan hati yang tinggi dalam kalangan pengundi, insya-Allah kita (PH) berada di depan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap sewaktu program Ceramah Jelajah Madani DUN Sikamat di Taman Sri Penaga, Sikamat di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Rafizi menambah, daripada dapatan di ketiga-tiga buah negeri terbabit, Negeri Sembilan menunjukkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 75 peratus.

“Kami buat kaji selidik sokongan rakyat tiap-tiap bulan, salah satu soalan yang paling biasa ditanyakan kepada pengundi iaitu adakah mereka menyokong dan berpuas hati dengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Kami mahu lihat setiap satu negeri , sokongannya bagaimana.

“Kalau ikut data daripada bulan Januari hingga Mei, daripada enam buah negeri itu, yang paling tinggi angkanya pengundi kata mereka bersetuju dan berpuas hati dengan kerajaan negeri adalah Negeri Sembilan.

“Apabila soalan ditanya kepada pengundi-pengundi, 75 peratus pengundi di Negeri Sembilan menjawab, mereka berpuas hati dengan kerajaan Negeri Sembilan yang ada sekarang, yang paling tinggi di seluruh negara daripada keenam-enam buah negeri (akan adakan PRN), doakan keadaan ini berterusan,” katanya lagi.

Tiga buah lagi negeri lain yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi adalah Kedah, Terengganu dan Kelantan yang ditadbir kerajaan dari parti Pas.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×