PRN: Wanita PH yakin 30 peratus calon sayap itu mampu menang

PRN: Wanita PH yakin 30 peratus calon sayap itu mampu menang

PRN
FADHLINA Sidek bersama penduduk ketika mengagihkan daging korban kepada golongan memerlukan selepas program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Al-Huda di Sungai Bakau, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Wanita Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan 30 peratus calon-calon wanita daripada sayap parti itu yang bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Ketua Wanita PH, Fadhlina Sidek berkata, selaras dengan hasrat itu, semua rundingan kerusi membabitkan kuota wanita sudah diselesaikan.

“Di peringkat Keadilan (PKR) khususnya, kita telah selesai rundingan kerusi, namun kita perlu bekerja keras sikit untuk pastikan matlamat itu tercapai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya pada PRN nanti dan beliau akan memantau dari segi kuota wanita, persiapan serta pemilihan calon bagi memastikan kemenangan calon terpilih kelak.

“Setakat ini semua rundingan kerusi membabitkan kuota wanita sudah diselesaikan dan kita kini menunggu kerusi mana yang akan diberikan kepada calon wanita,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Al-Huda di Sungai Bakau, di sini hari ini yang menyaksikan sebanyak enam ekor lembu dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk setempat.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Wanita PKR berkata, menjadi hasrat parti untuk melihat lebih ramai wanita diberi peluang bertanding pada PRN akan datang.

“Saya akan terus mempertahankan 30 peratus kuota pimpinan wanita pada PRN kerana wanita sememangnya boleh membuat perubahan seterusnya menyumbang kepada negara.

“Kalau dapat lebih (calon wanita), maka kita akan rancakkan lagi perjuangan insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini