The Prestige Collection penuhi permintaan industri

The Prestige Collection penuhi permintaan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIME Darby Property Berhad memperkenalkan The Prestige Collection, bangunan perindustrian yang terletak di kawasan perindustrian pegangan bebas Elmina Business Park di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.

Projek terbaharu itu merangkumi tujuh unit kilang-kilang sesebuah dan 24 unit kilang-kilang berkembar bersaiz besar.

Kilang-kilang siap dibina (ready-built) itu menampilkan reka bentuk yang moden dan praktikal seperti kawasan gudang yang luas serta ruang pejabat, ruang menyambut tetamu dan galeri yang diperlukan bagi menjalankan operasi-operasi harian perniagaan.

Bagi kilang-kilang berkembar 120’ x 200’ ini mempunyai keluasan binaan di antara 13,800 kaki persegi hingga 14,800 kaki persegi, dengan harga permulaan daripada RM8,420,888.

Tambahan lagi, kilang-kilang berkembar yang bersebelahan boleh digabungkan untuk membina kawasan gudang sentral yang lebih luas.

Kilang-kilang sesebuah 120’ x 200’ pula mempunyai saiz binaan 12,000 kaki persegi dengan harga permulaan daripada RM8,539,888.

Kilang-kilang ini direka bentuk dengan laluan penuh sekeliling bangunan untuk kemudahan pergerakan kenderaan bagi operasi perniagaan yang lancar dan efektif.

LAKARAN reka bentuk The Prestige Collection yang dibangunkan oleh SIme Darby Property untuk memenuhi permintaan pihak industri.

Ketua Pegawai Operasi – Pembangunan Perbandaran Sime Darby Property, Appollo Leong berkata, The Prestige Collection mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para usahawan perindustrian apabila meraih 97 peratus pengambilan sewaktu pelancarannya.

Ujarnya, ini sekali gus membuktikan Sime Darby Property mampu memenuhi keperluan dan jangkaan pasaran bagi sektor tersebut.

“Pencapaian ini juga menunjukkan bahawa komuniti perniagaan aktif mencari dan melabur dalam produk-produk perindustrian yang efisien.

“Menerusi produk kami seperti The Prestige Collection, kami juga mengganda nilai untuk perniagaan, seterusnya menggalakkan inovasi dan mempromosikan sektor perdagangan,” katanya.

Reka bentuk The Prestige Collection menampilkan konsep perniagaan kontemporari dan elegan.

Bahagian dalaman gudang yang luas mempertingkatkan lagi fleksibiliti dan susun atur logistik, manakala panel bumbung skylight menjadikan operasi perniagaan lebih mesra alam.

Kilang-kilang The Prestige Collection juga mempunyai pintu pengatup automatik (roller shutters) yang dibina dan dirancang secara strategik untuk kemudahan kawasan pemuatan dan pengeluaran barang.

Ruang tambahan juga telah disediakan untuk pemasangan lif pada masa hadapan.

REKAAN dalaman The Prestige Collection menampikan konsep perniagaan kontemporari dan elegan.

Di samping itu, kilang-kilang ini juga dilengkapi panel solar yang menjamin alternatif praktikal kepada pelepasan karbon, serta menggalakkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang lebih bersih.

Taman perindustrian dan perniagaan pegangan bebas yang terbesar di Lembah Klang, Elmina Business Park dengan keluasan 1,500 ekar, adalah antara portfolio perindustrian bertaraf tinggi Sime Darby Property.

Ia divisualisasikan sebagai hab berkembang pesat yang akan menetapkan standard baharu untuk landskap sektor perindustrian.

Elmina Business Park boleh diakses melalui lima lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor

Guthrie (GCE), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Taman perindustrian ini juga mempunyai dua persimpangan lebuh raya khusus untuk memastikan aliran trafik lancar daripada semua arah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×