PAC siasat kementerian rugi dalam laporan audit

PAC siasat kementerian rugi dalam laporan audit

MAS Ermieyati Samsudin mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan siasatan terhadap tiga isu antaranya bayaran obligasi sosial perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, siasatan itu turut melibatkan pe­ngurusan pandemik Covid-19 dan isu penyata kewangan beraudit Felcra Berhad.

Katanya, PAC akan memanggil Ketua Setiausaha (KSU) da­ripada empat kementerian dan pimpinan tertinggi di beberapa agensi lain dalam prosiding pada 14 sehingga 27 Jun ini.

“Ia bermula dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran Skim Subsidi Harga Padi.

“Ini membabitkan kerugian wang awam RM37 juta disebabkan dana obligasi 2021 belum diterima serta pembayaran tidak teratur berjumlah RM370,000 bagi bayaran Skim Subsidi Harga Padi kepada pesawah meninggal dunia.

“Selain itu, ia turut membabitkan pembekal jentera tidak menepati jadual yang menyebabkan kerugian RM3.12 juta dan pembaziran sebanyak RM870,000 juta bagi jentera belum digunakan dan rosak,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, PAC akan memanggil KSU Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 15 Jun ini bagi memberi penjelasan isu pengurusan pandemik Covid-19 yang dibangkitkan dalam LKAN.

“Ini membabitkan isu 1.1 juta dos vaksin luput tempoh jangka hayat setakat 30 April 2022 yang mana 93 daripada 136 unit ventilator tidak dapat digunakan dan nisbah penggunaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang rendah,” katanya.

Selain itu, katanya, KSU Perbendaharaan Kementerian Kewangan, KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad akan dipanggil pada 27 Jun ini bagi menjawab isu kedudukan kewangan Felcra Berhad tidak dapat dirumuskan.

Jelasnya, ini susulan penyata kewangan beraudit 2019, 2020 dan 2021 yang belum dimuktamad.

“Selain itu, PAC juga akan mendapatkan taklimat berke­naan Program Jana Wibawa dari­pada Kementerian Kewangan,” katanya.

Kelmarin, pembangkang mempersoal usul kerajaan yang mahu supaya LKAN Tahun 2021 Siri 2 dibentang dan dibahas sehingga menyebabkan keadaan di dalam Dewan hampir tidak terkawal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×