Syed Mokhtar yakin kemampuan Anwar

Syed Mokhtar yakin kemampuan Anwar

Anwar Ibrahim (tiga kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Syed Mokhtar Albukhary (kiri). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik.

Kata beliau, ini kerana kelebihan Anwar yang banyak membantu orang ramai dalam segala hal.

“Saya dan Anwar mungkin mempunyai perbezaan, tetapi masih wujud persamaan iaitu meminati perniagaan. Melalui perniagaan kita mampu untuk melakukan amal serta membantu orang lain,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Orientalism Paintings yang disempurnakan oleh Anwar di Muzium Kesenian Islam di sini, semalam.

Pameran itu mengisahkan perjalanan yang panjang, hubungan antara Eropah, Amerika dan dunia Timur yang dahulunya dikenali sebagai ‘Orient’ yang diterokai oleh Muzium Kesenian Islam Malaysia sejak 15 tahun lalu.

Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary turut menyifatkan Anwar sebagai seorang yang selalu cuba menyelesaikan masalah dan mempercayai bakat yang ada pada masyarakat bumiputera.

Dalam pada itu, katanya, tahun 1984 adalah kali pertama beliau berjumpa dengan Anwar yang merupakan seorang menteri, yang membuka peluang kepada bumiputera untuk mendapatkan bantuan melalui dasar ekonomi baharu ketika itu.

“Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman yang belum pernah diceritakan mengenai ‘abang’ di mana ketika pertama kali saya berjumpa dengan beliau yang membawa harapan serta impian yang tinggi.

“Sebagai seorang yang saya kira sebagai pembaca, pemikir dan berfalsafah.

“Beliau sudah menjadi ‘abang’ saya for many other business man as well, menyelesaikan isu supaya kamu boleh berkembang dan menjadikan Malaysia lebih baik.

“Jika bukan ‘abang’ tidak akan ada muzium, tiada Albukhary,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×