Darkside: RM150 dapat akses ‘sepanjang hayat’

Darkside: RM150 dapat akses ‘sepanjang hayat’

KEBANYAKAN pelajar universiti dan sekolah serta golongan bekerja yang terlibat dalam kegiatan Darkside mahu merasai kehidupan mewah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermodalkan sehingga RM150 pengguna aplikasi media sosial mampu mendapatkan akses ‘sepanjang hayat’ kepada kumpulan sembang khas yang disediakan oleh pemilik-pemilik akaun Darkside (DS).

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, bagi mendapatkan pautan kepada kumpulan sembang khas tersebut, pengguna perlu membayar terlebih dahulu bayaran pendahuluan sekurang-kurangnya RM100 untuk pemilik akaun berkenaan membalas mesej lalu diteruskan dengan bayaran seterusnya.

Melalui dua langkah tersebut, pelanggan kepada pemilik akaun DS itu dapat ‘menikmati’ pelbagai kandungan tidak bermoral dan difahamkan ia dimuat naik setiap minggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, pemilik-pemilik akaun DS menyediakan pelbagai jenis perhidmatan seks dengan bayaran mengikut jam selain menyediakan tempat untuk melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut.

Perkara ini dilihat seolah-olah menjadi perkara biasa apabila sebahagian daripada pemilik-pemilik akaun DS itu tanpa segan silu melakukan promosi secara terbuka dan menayangkan muka mereka.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, peningkatan kegiatan tersebut berpunca daripada kemahuan wanita untuk hidup mewah dan keterdesakan lelaki memenuhi kehendak seksual mereka.

“Budaya menunjuk kemewahan dalam kalangan wanita di media sosial ini boleh menyebabkan pengguna lain turut mahukan ‘kehidupan’ sama sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual diri sendiri.

“Aktiviti pelacuran ini zaman berzaman punya isu, cuma hari ini mereka menggunakan media sosial untuk mempromosikan kegiatan tersebut. Mereka dilihat mempunyai kesanggupan yang tinggi sehingga secara rela menggadaikan dirinya sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, semakin ramai golongan belia dan dewasa terjerumus dalam sisi gelap media sosial iaitu fenomena Darkside (DS) sehingga sanggup menjual gambar dan video lucah masing-masing bagi menawarkan servis tidak bermoral sama ada untuk mendapat duit atau memuaskan nafsu sendiri.

Mengulas lanjut, Siraj berkata, perkembangan kegiatan tersebut turut membuka ruang kepada aktiviti-aktiviti jenayah lain seperti scam dan sebagainya.

“Terdapat juga aktiviti-aktiviti scam melibatkan tawaran khidmat seks di platform media sosial sejak dahulu lagi, kegiatan jenayah tersebut wujud disebabkan keterdesakan kaum lelaki yang tidak dapat mengawal nafsu terhadap wanita.

“Ini memudahkan scammer mengumpan mereka menggunakan gambar-gambar wanita yang dicuri sehingga mereka menjadi mangsa scam dalam pelbagai jenis iaitu ada kehilangan duit, ada diugut selepas phone sex scam.

“Scammer akan hubungi mangsa tersebut melalui panggilan video dan membuat sesuatu yang menghairahkan sehingga lelaki itu menunjukkan benda tidak sepatutnya tanpa menyedari panggilan itu sedang dirakam. Lalu scammer akan memeras ugut untuk menyebarkan sekiranya mangsa tidak mahu membayar sejumlah wang” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini