Kurang ceria, tiada selera makan – Keluarga

Kurang ceria, tiada selera makan – Keluarga

Keratan akhbar Utusan Malaysia 25 Mei 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: “Dia (adik) dilihat tidak begitu ceria berbanding biasa dan kurang selera makan selain mengadu kurang sihat.”

Demikian luahan kakak kepada seorang pelayan restoran yang maut dibunuh dan dibakar teman lelakinya di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, di sini.

Menurutnya, anak kelima daripada enam beradik yang yatim piatu itu mengadu tidak sihat dan hanya bekerja separuh hari, kelmarin.

“Dia kemudian sempat pulang ke rumah keluarga kami pada sebelah petang sebelum keluar untuk menemui rakannya.

“Namun, saya berasa tidak sedap hati apabila mendapati dia masih tidak pulang sehingga ke malam dan gagal menghubungi telefonnya” katanya sebak ketika ditemui di kediaman keluarganya di sebuah kampung di Sungai Besar di sini.

Jelas beliau, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada majikan adiknya itu mengenai penemuan satu mayat, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Kami kini menyerahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan dan mengharapkan keajaiban berlaku. Ahli keluarga juga masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan perkembangan lanjut,” ujarnya.

Katanya, mangsa disifatkan sebagai seorang yang ceria dan peramah biarpun agak perahsia.

“Saya tidak begitu mengetahui tentang hal peribadinya sejak kami tinggal di rumah sewa sama di sekitar daerah ini.

“Kami kali terakhir berjumpa pada malam Ahad lalu ketika makan malam bersama keluarga dan dia dilihat agak kurang sihat,” katanya yang kematian ibu bapa masing-ma­sing sejak tiga tahun lalu dan Ogos lalu.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang lepasan kolej dipercayai membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di kawasan kebun tersebut.

Lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan sanggup bertindak demikian selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut pelayan restoran itu, suspek dipercayai turut membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mang­sa. Kejadian itu masing-ma­sing berlaku kira-kira pukul 10 malam kelmarin dan 7 pagi semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×