FSA2: MBSB Bank terima 108,284 permohonan Ihsan-i

FSA2: MBSB Bank terima 108,284 permohonan Ihsan-i

MBSB Bank
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) telah menerima 108,284 permohonan bagi pembiayaan peribadi patuh syariah Ihsan-i setakat semalam.

Pembiayaan peribadi patuh syariah Ihsan-i merupakan kemudahan di bawah program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Daripada jumlah ini, permohonan yang layak adalah sebanyak 49,130 dan 27,202 permohonan telah diluluskan dengan nilai keseluruhan pembiayaan berjumlah RM561 juta,” kata MBSB Bank dalam kenyataan.

Menurutnya, Keseluruhan proses Ihsan-i daripada peringkat permohonan ke peringkat pengeluaran pembiayaan telah dilakukan sepenuhnya secara dalam talian tanpa perlu pemohon hadir ke cawangan MBSB Bank.

Jelasnya, pemprosesan permohonan masih giat dijalankan oleh MBSB Bank dalam usaha memastikan para pemohon dapat menerima maklumbalas daripada pihak Bank dengan kadar segera.

“Bagi permohonan Ihsan-i yang tidak berjaya, ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemohon berstatus muflis dan Nisbah Khidmat Hutang (Debt Service Ratio) yang tinggi.

“Walau bagaimanapun MBSB Bank mengambil maklum bahawa terdapat pemohon yang berstatus muflis telah menerima kelulusan. Ini disebabkan oleh jumlah permohonan yang diterima adalah sangat tinggi dalam tempoh masa yang singkat yang membawa kepada berlakunya keralatan sistem.

“Pemohon-pemohon tersebut pula telah membuat pengisytiharan yang mereka bukan muflis ketika membuat permohonan. Demi kepentingan para pemohon yang terbabit ini, MBSB Bank tidak akan mengenakan sebarang caj terhadap jumlah pembiayaan Ihsan-i yang telah dimasukkan ke dalam akaun simpanan mereka. Status Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka juga tidak akan terjejas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×