Tidak dipanggil hadir mesyuarat – Wee Ka Siong

Tidak dipanggil hadir mesyuarat – Wee Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ETALING JAYA: Tiada senarai calon atau kerusi yang telah dimuktamad­kan oleh MCA hingga kini untuk bertan­ding dalam Pilihan Raya Ne­geri (PRN) tidak lama lagi.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, buat masa ini, tiada apa yang beliau hendak katakan serta tiada keputusan muktamad berkaitan senarai calon dan juga kerusi yang boleh dikongsi.

“Saya tidak dipanggil dan saya tidak hadir ke mana-mana mesyuarat setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Minggu lalu, akhbar ini melaporkan agihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri perlu dibincangkan secara blok dan bukannya melibatkan individu tertentu sahaja.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, persetujuan bersama semua parti komponen Barisan Nasional diperlukan dalam mendepani PRN dan perkara itu selari dengan ketetapan BN.

Walaubagaimanapun, Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong Siaw Ting menjelaskan, berkaitan dengan senarai calon atau kerusi untuk dibawa ke peringkat tertinggi Barisan Nasional (BN), masih dalam perbincangan dan tiada lagi senarai yang muktamad.

“MCA telah menjalankan beberapa kali me­syua­rat rasmi dan juga tidak rasmi tetapi buat masa kini tiada senarai yang telah ditetapkan untuk diserahkan kepada Majlis Tertinggi BN.

“Segala keputusan atau pengumuman sepenuhnya bergantung kepada semua ahli Majlis Tertinggi ,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×