Jahidah mungkin dibawa ke mahkamah untuk kes perbicaraan

Jahidah mungkin dibawa ke mahkamah untuk kes perbicaraan

JAHIDAH Nordin bersama anak lelakinya, Eshan Nufail dan Fauziah (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keluarga mang­sa keganasan rumah tangga yang sebelum ini koma dipukul suami, Jahidah Nordin, 45, sedang mempertimbangkan untuk mem­bawa wanita itu ke Mah­ka­mah Sesyen Johor Bahru untuk prosiding perbicaraan kes tersebut dalam masa terdekat.

Adiknya, Fauziah Nordin, 41, berkata, mereka masih menung­gu tarikh perbicaraan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya yang meminta Jahidah dibawa ke mahkamah.

“Pihak Timbalan Pendakwa Raya telah menghubungi adik saya Fazariah Nordin dan bertanya sekiranya Kak Jahidah bo­leh dibawa ketika perbicaraan kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dijangka tarikh perbicaraan dalam masa terdekat dan pihak Timbalan Pendakwa Raya akan memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam pada itu, Fauziah ber­kata, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dana Kita telah menyatakan hasrat untuk membantu menyediakan perkhidmatan ambulans bagi membawa Jahidah ke mahkamah di Johor Bahru, Johor.

“Adik saya Fazariah ada membuat hantaran di Facebook memerlukan ambulans untuk membawa Kak Jahidah ke mahkamah, selepas itu ramai yang tag ‘Dana Kita’.

“Alhamdulillah rezeki Kak Jahidah mereka sudi membantu menyediakan perkhidmatan am­bulans dan jika perlu berma­lam mereka juga akan uruskan,” katanya.

Jelas Fauziah, pengasas Dana Kita iaitu Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu yang menghubungi sendiri adiknya, Fazariah, 40, berhubung bantuan tersebut.

Mohd. Fadli Salleh juga ada membuat hantaran di Facebook memaklumkan yang mereka membuat keputusan membantu Jahidah walaupun mereka beroperasi di Gombak, Selangor.

“Biar pun kami jauh, kami akan hantar team (pasukan) untuk ambil dan hantar Kak Jahidah sepanjang sesi mahkamah berlangsung. Kes ni kes yang menggemparkan negara suatu ketika dahulu.

“Kami sebelum ini tak mampu bantu apa-apa kerana bukan dalam bidang kuasa kami. Namun sebaik kami diperlukan, kami akan cuba bantu sebaik mungkin. Insya-Allah, kes ini Dana Kita akan cover secara percuma,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa di­buang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini