Ayer Keroh perlu kawasan tadahan air

Ayer Keroh perlu kawasan tadahan air

ANTARA rumah penduduk di Ayer Keroh, Melaka yang terjejas akibat banjir kilat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kawasan Ayer Keroh di sini memerlukan kawasan tadahan air bagi mengelakkan situasi banjir kilat menjadi lebih buruk setiap kali hujan lebat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berkata, hujan lebat selama sejam yang berlaku Isnin lalu mengakibatkan banjir kilat di beberapa lokasi iaitu Taman Muzaffar Shah, Jalan Ayer Keroh, Taman Seri Jati dan Taman Beringin.

Katanya, beberapa cadangan untuk mengatasi masalah itu telah disuarakan kepada kerajaan negeri seperti merizabkan tanah dan menaik taraf perparitan seiring pembangunan di Ayer Keroh.

Menurutnya, sistem perparitan sedia ada atau yang masih dalam perancangan juga wajar dikaji semula supaya dapat menampung taburan hujan yang banyak.

“Kita sedang menghadapi perubahan iklim dan cuaca yang ekstrem. Pembangunan berterusan di Melaka bermaksud kawasan tadahan hujan semakin berkurangan.

“Saya pernah mencadangkan pada 2021 supaya merizabkan beberapa tanah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh untuk dijadikan kawasan tadahan air. Selain itu, kerajaan negeri perlu memastikan sistem perparitan dan projek mitigasi banjir kilat ditingkatkan agar setimpal dengan pembangunan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Chee Yee berkata, kerajaan negeri juga perlu menghentikan projek-projek pembangunan yang dikenal pasti bermasalah bagi mengurangkan kerosakan harta benda kepada penduduk akibat bencana berkenaan.

“Kerajaan negeri perlu lebih telus dan proaktif dalam menangani cara penyelesaian banjir kilat. Ini termasuk menaik taraf sistem perparitan yang tidak lagi berkesan dan menghentikan projek-projek pembangunan yang bermasalah sementara siasatan atau kajian menyeluruh dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×