Bukan campur tangan luar untuk selamatkan UMNO - Zahid

Bukan campur tangan luar untuk selamatkan UMNO – Zahid

Banjir
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang campur tangan luar sehingga mendorong Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan UMNO daripada dibatalkan pendaftaran mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Ia selepas Saifuddin memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, ekoran usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertanding pada pemilihan parti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin UMNO telah mengikut proses perundangan sewajarnya selaras Akta Pertubuhan 1966.

“Kita juga terus berikan segala maklum balas diterima RoS dan kita (UMNO) merasakan ini bukan soal campur tangan oleh pihak luar.

“Namun, apabila Perhimpunan Agung UMNO sudah buat keputusan dan keputusan itu diterima lebih 95 peratus perwakilan, maka kita masih santuni aduan yang dibuat oleh dua ahli UMNO itu.

“Kita rasakan ini bukan soal campur tangan pihak luar tetapi ini suatu klausa Akta Pertubuhan 1966 yang antara lain, bahawa RoS perlu berikan keabsahan terhadap sesuatu keputusan,” katanya pemberita di Parlimen semalam.

Kenyataan Ahmad Zahid itu dibuat selepas bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mendakwa parti itu mengheret Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam isu pembatalan pendaftarannya.

Semalam, Saifuddin berkata, sekiranya ahli UMNO yang membawa isu berkenaan kepada RoS sebelum ini tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh membawanya ke mahkamah.

Beliau menjawab soalan beberapa ahli Parlimen ketika perbahasan Belanjawan 2023 yang mempertikai keputusannya menggunakan Seksyen 70 akta berkenaan untuk mengecualikan Seksyen 13(1)(c)(iv) daripada digunakan terhadap UMNO.

Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan bahawa Pendaftar boleh membatalkan mana-mana pertubuhan sekiranya secara sengaja melanggar mana-mana peruntukan akta.

Sementara Saifuddin sebagai menteri, beliau diberi peruntukan untuk mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada tertakluk mana-mana peruntukan selaras Seksyen 70 akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×