Pelbagai ragam Anakku - Utusan Malaysia

Pelbagai ragam Anakku

SERI ANAKKU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
  • MUHAMMAD ESHAL RIZQI MOHD. TAJUL ASKAT

     

  • Muhammad Eshal Rizqi Mohd. Tajul Askat, (3 tahun). Si manja kepada ibu dan ayah, Norain Suhati dan Mohd. Tajul Askat suka melukis dan mewarna. Mencipta dan mereka kenderaan dari permainan blocks dan lego. Suka berkawan, aktif bermain dan sangat happy go lucky seperti dalam gambar ini. Semoga terus meneroka dunia penuh kreativiti dan
    menjadi anak soleh!

 

NUR KHAYRA DARWISYAH MOHD. FAIZAL 

 

  • Nur Khayra Darwisyah Mohd. Faizal (5 tahun). Anak kedua kepada Mohd. Faizal dan Nurul Asyikin, sangat aktif dan kreatif. Bercita-cita menjadi doktor kerana seringkali mengambil first aid kit tanpa disuruh sekiranya nampak abang atau mamanya sakit. Semoga menjadi anak solehah dan berjaya.
UMAR RAHMAN LUQMAN HAKIM
  • Umar Rahman Luqman Hakim (3 tahun).  Permata hati pasangan Luqman Hakim Zaharuddin dan Norafiqah Norafnidi, kreatif dan petah bercakap. Abi dan Ummi sentiasa mendoakan agar anakanda menjadi insan hebat dan berguna di dunia dan akhirat.

 

SAYYIDAH NAFISAH MOHD. SANI
  • Sayyidah Nafisah Mohd. Sani (4 tahun). Tiap-tiap hari nak main masak-masak, bersolek, belajar menulis ABC dan mewarna. Seorang yang penyayang tetapi pemalu. Semoga menjadi anak solehah dan bijak buah hati Umi Roziah Khamis dan Mohd. Sani Md. Long.

 

Ada-ada sahaja aksi permata hati mengundang senyuman dan bahagia di hati. Kongsikan rasa itu dengan emel gambar keletah anak ke ANAKKU di [email protected].

Sertakan keterangan gambar ringkas tetapi padat sebagai dedikasi sayang kepada permata hati anda. Sertakan juga maklumat diri. ANAKKU terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×