Penternak tersepit harga dedak terus melambung - Utusan Malaysia

Penternak tersepit harga dedak terus melambung

MOHD. Saiful Basri Mat Yaakob melihat lembu yang diternaknya di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Golongan penternak di luar bandar mendakwa semakin tersepit dengan kenaikan harga dedak sejak dua tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penternak dari Kampung Lepan Jaya, Mohd. Saiful Basri Mat Yaakob, 47, berkata, kenaikan harga itu menyebabkan dia mengurangkan dedak daripada 50 kepada 40 guni sebulan untuk diberikan kepada lebih 50 ekor lembu baka Limousine dan Charolaise peliharaannya.

Menurutnya, dia menggantikan dengan memberi makanan seperti rumput dan tumbuhan hijau lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenaikanberlaku pada awal tahun 2020 dan ia berterusan sehingga hari ini.
“Ketika ini harga satu beg dedak seberat 50 kilogram (kg) antara RM60 sehingga RM70 berbanding bawah RM50 sebelumnya,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd. Saiful Basri yang mengusahakan penternakan lembu lebih 25 tahun lalu berkata, kenaikan kos makanan sangat memberikan kesan kepada perniagaannya apabila keuntungan diperoleh hanya cukup makan.

Katanya, dia berharap Kerajaan Perpaduan dapat mengumumkan khabar gembira sempena Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan dalam membela nasib golongan penternak.

“Jika keadaan ini berte­rusan, saya bimbang lebih ramai pengusaha atau penternak akan terjejas kerana kami hanya dapat sedikit keuntungan dan terpaksa membeli makanannya se­mula,” luahnya.

Mohd. Saiful Basri berkata, dia masih menjual lembu dengan harga berpatutan untuk pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Katanya, harga seekor lembu dijualnya dianggarkan RM5,000 seekor.

“Namun, jika harga dedak terus mahal saya mungkin menaikkan sedikit harga lembu bagi menampung kos penjagaan lembu ber­kenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×