Kabinet belum lulus subsidi ayam, telur - Utusan Malaysia

Kabinet belum lulus subsidi ayam, telur

Ramai penternak tertanya-tanya adakah kerajaan akan memberi subsidi untuk penternak telur.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Per­khidmatan Veterinar (JPV) menjelaskan status pemberian subsidi ayam dan telur bagi tahun ini belum diketahui kerana dalam proses untuk mendapat kelulusan Kabinet.

Mengulas laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber industri ternakan ayam, jabatan itu memaklumkan, ­permohonan subsidi ayam dan telur bagi 2022 telah ditutup pada 15 Janua­ri lalu.

“Permohonan subsidi bagi tahun ini pula belum dibuka kerana perkara itu baru saja di­bincangkan dalam mesyua­rat Kabinet 17 Februari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga kini, JPV serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan masih menunggu minit kelulusan Kabinet bagi pelaksanaannya,” katanya.

Katanya, permohonan kepada Kabinet bagi subsidi adalah bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

Mingguan Malaysia keluaran 19 Februari menyiarkan laporan bertajuk ‘Subsidi penternak ayam, telur dikaji semula’ yang memetik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai berkata, kerajaan akan mengkaji semula keperluan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan telur menjelang pertengahan tahun ini.

Menurut beliau, sehingga kini subsidi yang diberikan kepada penternak tersebut sudah mencecah RM1.8 bilion dan dijangka melebihi RM2 bilion menjelang Jun ini.
Katanya, jumlah subsidi terlalu besar dan jika kerajaan berjaya menstabilkan harga ayam dan telur, maka tiada keperluan untuk memberi subsidi kepada penternak.

Susulan itu, Utusan Malaysia semalam memetik sumber industri itu sebagai berkata, penternak ayam penelur percaya kerajaan tidak akan meneruskan pemberian subsidi kepada mereka dalam usaha menstabilkan pengeluaran bekalan tersebut.

Satu sumber mewakili sebuah ladang pengeluar telur di Lembah Klang mendedahkan, perkara itu semakin jelas apabila borang permohonan tuntutan subsidi dalam bentuk Google Form dalam laman web JPV sudah tiada.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×