Bekas pemimpin UMNO jangan patah semangat akar umbi

Bekas pemimpin UMNO jangan patahkan semangat akar umbi

ARMAND AZHA ABU HANIFAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO diminta tidak mengancam parti dan mematahkan semangat akar umbi terutamanya dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, parti itu sememangnya terbuka menerima pandangan dan kritikan.

Namun katanya, mereka yang dipecat itu perlu sedar bahawa UMNO akan terus bergerak sama ada pemimpin tinggal atau pergi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cukup dan teruskan kehidupan. Kalau kata masih sayang UMNO, hantar permohonan rayuan kepada Lembaga Disiplin parti, bukan serang UMNO, jangan patahkan semangat ahli untuk hadapi PRN.

“Mereka faham situasi politik dan faham bagaimana UMNO bergerak. Jadi sila hormati keputusan parti dan jangan patahkan semangat ahli dengan kenyataan menggoreskan hati sebab ahli parti itu juga yang mengangkat mereka sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ahli-ahli UMNO yang dipecat dan digantung mungkin bakal menjadi duri dalam daging kepada parti itu.

Kelmarin, bekas ahli MT, Tan Sri Noh Omar yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang menyeru akar umbi bahagian untuk membuang pemimpin yang dikenalpasti sebagai pengkhianat sekiranya mereka bertanding dalam pemilihan parti pada bulan ini hingga Mac nanti.

Selain itu, Noh turut memaklumkan perancangannya ingin bergerak sebagai penceramah bebas dan bersedia menerima undangan beberapa parti termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas selepas menyatakan keengganan membuat rayuan berhubung pertuduhan dihadapinya.

Malah, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum ini juga dilaporkan berkata, UMNO akan ‘bungkus’ pada PRN akan datang terutamanya sukar untuk memperoleh kemenangan di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Mengulas lanjut, Armand Azha berkata, perpecahan yang disifatkan berlaku baru-baru ini, bukanlah satu perkara baharu yang dilalui UMNO.

“UMNO adalah salah satu parti terlama dalam landskap politik negara dan kita sudah melalui banyak isu perpecahan dalaman, ini bukan perkara baharu.

“Pertandingan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga pecah dan wujud Semangat 46, pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga wujud reformasi, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan terbaharu Khary Jamaluddin serta Tan Sri Noh Omar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×