Vape pakai buang cemar alam sekitar

Vape pakai buang cemar alam sekitar

SHAHABUDEEN JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan va­pe pakai buang yang kini berleluasa bukan sahaja memberi impak negatif kepada kesihatan pengguna dan orang sekeliling tetapi juga menjejaskan alam se­kitar iaitu melalui sisa plastik, berbahaya serta elektronik.

Ini kerana bahan plastik yang digunakan untuk menghasilkan vape pakai buang itu tidak boleh dikitar semula seperti mana plastik lain kerana kesan bahan kimia dan nikotin terkandung di dalamnya.

Sisa elektronik vape pakai buang itu juga mampu mendorong kepada keadaan bahaya lain selain pencemaran seperti kebakaran kerana menggunakan bateri lithium-ion dan beberapa bahan berbahaya lain.

Pengarah Nanostix Innovations Sdn. Bhd., Shahabudeen Jalil bersetuju mengenai kesan-kesan pencemaran yang boleh terjadi akibat daripada peranti vape pakai buang.

Menurutnya, sekiranya langkah awal tidak diambil iaitu hanya membiarkan produk va­pe pakai buang dijual dengan sewenang-wenangnya, alam se­kitar negara akan terjejas pada masa akan datang.

“Bateri yang diguna pakai dalam vape pakai buang ini sangat bahaya untuk alam sekitar. Penggunaannya hanya sekali dan ia dibuang bersama sampah sarap yang lain. Kandungannya akan mencemarkan alam sekitar seperti tanah, air serta udara.

“Jika vape pakai buang ini dibiarkan dijual seperti sekarang, kesan buruk ini akan terlihat di masa hadapan dan mungkin pada masa itu ia sudah terlambat.” katanya.

Melalui satu kajian dijalankan Material Focus di United Kingdom (UK), dianggarkan 1.3 juta sisa peranti vape pakai buang dibuang setiap minggu, jumlah itu dikatakan mampu mengisi 22 padang bola sepak setiap tahun atau 1.4 juta kaki persegi keluasan tapak perlupusan.

Sependapat dengan itu, Pe­ngarah Eksekutif Green Growth Asia Foundation, Mahadi Mohamad berkata, kini tiada satu kaedah untuk pengguna melupuskan peranti vape pakai buang mereka sebaik sahaja kandungannya habis.

“Sekarang ini tiada satu kaedah untuk pengguna melupuskan peranti terpakai dan tempoh penguraian tu mengambil masa mungkin malahan puluhan tahun untuk diuraikan.

“Sekiranya dibiarkan dan dile­takkan di tempat pembua­ngan sampah, kesan daripada merkuri atau asid yang ada dalam peranti itu boleh menyebabkan pembakaran di tempat pelupusan sampah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×