144 pelajar MRSM Lipis dikuarantin - Utusan Malaysia

144 pelajar MRSM Lipis dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kesemua 144 pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin selepas seorang daripada mereka didapati positif Covid-19 kelmarin.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Mohd. Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi, Bentong dekat sini manakala dua pelajar lelaki dikuarantin di asrama.

“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif dan melihat situasi 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.

“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Katanya, pemindahan pelajar berkenaan dilakukan dengan bas sambil diiringi pihak polis dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.

“Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang dikuarantin,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×