Tapak perkhemahan beroperasi tanpa lesen

Tapak perkhemahan beroperasi tanpa lesen

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Tiga tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini yang terlibat tragedi tanah runtuh, yang diusahakan sebuah syarikat disahkan beroperasi tanpa lesen sejak 2020.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, ketiga-tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019.

Jelasnya, pengusaha tersebut telah melanggar kesalahan Akta 133 Seksyen 70 Perparitan dan Bangunan dan sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun dan denda tidak melebihi RM50,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga menggesa mana-mana pengusaha tapak perkemahan di seluruh negara yang menjalankan operasi tanpa lesen yang sah berhenti segera sebelum tindakan tegas diambil.

“Mereka ada kebenaran merancang untuk membangunkan kebun organik bukan tapak perkemahan.

“Saya nasihatkan kepada semua pengusaha adalah perlu mendapatkan nasihat daripada Jabatan Mineral dan Geosains sebelum membuka tapak perkemahan di kawasan berisiko tinggi,” katanya kepada pemberita.

Kor Ming berkata, fokus utama sekarang adalah memastikan menyelamatkan sebanyak mana nyawa yang boleh.

“Ada lagi 17 hilang dan tidak dapat dikesan, operasi ini akan diteruskan sampai kita jumpa mangsa yang tertimbus dan berharap mereka selamat.

“Bagi pihak kerajaan saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkorban,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat prihatin dengan kejadian ini dan memaklumkan akan ke tapak kejadian selepas Isyak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini