PH raih undi popular terbanyak

PH raih undi popular terbanyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) meraih undi popular terbanyak iaitu 37 peratus berbanding dua lagi gabungan parti utama, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebanyak 5,707,103 undi  dikumpul daripada 15,442,007 jumlah pengundi oleh seluruh gabungan PH yang diwakili PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

PH dilihat menguasai Selangor setelah mengumpul 1,547,385 undi dan berjaya memenangi 16 kerusi daripada 22 kerusi di negeri itu.

Bagi negeri lain, PH mencatatkan 825,082 undi di Johor, 566,245 di Pulau Pinang, 649,532 di Perak, 566,245 di Pulau Pinang, 546,822 di Wilayah Persekutuan, 365,532 di Sarawak, 295,449 di Negeri Sembilan, 294,676 di Sabah, 259,207 di Kedah, 199,918 di Pahang, 87,293 di Kelantan, 40,645 di Terengganu dan 29,317 di Perlis.

PH menjadi blok kuasa besar dan berpeluang membentuk kerajaan Persekutuan baharu apabila berjaya memenangi 82 kerusi daripada 220 jumlah kerusi yang ditandingi pada PRU15.

Sementara itu, PN menyusul dengan 30.3 peratus undi popular setelah mendapat 4,675,380 jumlah undi secara keseluruhan.

Negeri Selangor dan Kelantan menyumbang undi terbanyak untuk PN dengan 806,897 dan 631,201 undi masing-masing.

Selain itu, PN mengumpul 614,198 undi di Kedah, 519,661 di Johor, 461,506 di Terengganu, 456,751 di Perak, 330,192 di Pahang, 226,173 di Pulau Pinang, 190,182 di Wilayah Persekutuan, 159,238 di Melaka, 152,394 di Negeri Sembilan, 80,287 di Perlis, 35,397 di Sarawak dan 11,303 di Sabah.

PN muncul sebagai pencabar terbesar PH dalam membentuk kerajaan Persekutuan baharu apabila memenangi 73 kerusi daripada 171 kerusi yang ditandingi.

Manakala, BN memperoleh 22.4 peratus undi popular apabila mendapat 3,452,505 undi dari keseluruhan pengundi di Malaysia.

Rakyat Johor dilihat paling ramai memilih BN apabila berjaya mengumpul 598,244 undi di negeri itu.

Dalam masa sama, BN mencatat 509,862 undi di Selangor, 370,838 di Perak, 335,048 di Pahang, 267,735 di Kedah, 265,663 di Kelantan, 234,392 di Terengganu, 212,167 di Negeri Sembilan, 204,717 di Sabah, 157,828 di Wilayah Persekutuan, 152,613 di Melaka dan 143,398 di Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×