Gerak kerja tersusun Fathul Bari beri kelebihan

Gerak kerja tersusun Fathul Bari beri kelebihan

FATHUL BARI MAT JAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESKIPUN disebut-sebut sebagai pilihan di Parlimen Kangar, calon Barisan Nasional (BN), DATUK DR. FATHUL BARI MAT JAHYA mengambil sikap tidak mahu berada di dalam zon selesa sebaliknya terus fokus dengan gerak kerja tersusun dalam mendekati pengundi menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berdepan saingan lima penjuru termasuk membabitkan penyandang kerusi berkenaan, Noor Amin Ahmad dari Pakatan Harapan (PH).

Mengalas tanggungjawab besar dalam membantu parti memastikan kerusi Parlimen Kangar kembali dirampas selepas jatuh ke tangan PKR buat pertama kali dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Fathul Bari tetap optimis pilihan raya kali ini, Kangar kembali kepada BN.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar itu berkongsi pandangan, gerak kerja dan keyakinan beliau di Kangar.

UTUSAN: Sejauh mana perjalanan kempen setakat ini?

FATHUL BARI: Alhamdulilah kempen sangat positif dan bergerak amat baik mengikut apa jadual dirancang. Gerak kerja tersusun dengan baik termasuk dalam media sosial Facebook, Tik Tok selain WhatsApp iaitu platform yang mempunyai ramai pengguna di negeri ini. Sepanjang tempoh kempen ini, orang nak lihat keterlibatan kita. Meskipun ada media sosial, kaedah bersemuka juga sangat penting dan kita gabungkan sosial media dengan gerak kerja di bawah.

Datuk dilihat jauh ke depan dari segi kempen berbanding calon lain. Bagaimana Datuk bergerak?

Alhamdulillah, saya ada pasukan yang begitu baik, mengatur gerak kerja terancang dan cukup tersusun. Kita sentiasa ada mesyuarat, perbincangan dan sebarang kritikan kita terima selain tiap-tiap malam ada proses post mortem bagi membolehkan kita perbaiki dari masa ke semasa.

Sambutan dan penerimaan pengundi terhadap Datuk?

Sambutan sangat positif, saya sangat bersyukur. Hasil kerja selama ini
dihargai oleh mereka semua, Alhamdulillah.

Peluang beberapa DUN lain dalam Parlimen Kangar yang dikatakan agak ‘berat’?

Cabaran itu ada, contoh seperti Bintong yang menyaksikan pertembungan enam penjuru. Saya sendiri lima pun penjuru. Namun saya lihat gerak kerja yang diatur susun semakin hari semakin positif. Setiap hari saya pergi ke lima-lima DUN ini dan mendapati respons makin hari makin positif. Kita berharap respons positif itu diterjemahkan.

Keyakinan dan peluang Datuk di Parlimen Kangar?

Setakat ini, Alhamdulillah. Saya yakin dan daripada satu perspektif, apabila kita masuk dalam peperangan ini, apa pun kita kena yakin, kita kena lawan dengan strategi-strategi diatur. Saya tidak mahu meletakkan diri saya dalam zon selesa tapi tetap susun gerak kerja yang serius. Saya sendiri terlibat dengan banyak aktiviti serta hubungan bersama rakyat dalam pelbagai bidang seperti pembangunan sukan dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×