Amanah persoal pendirian Pas isu judi, rasuah, RUU355

Amanah persoal pendirian Pas isu judi, rasuah, RUU355

MOHAMAD Sabu menyampaikan ceramah pada Jelejah Mega Harapan di pekarangan jambatan angkat, Kuala Nerus, malam tadi. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan pendirian Pas tentang isu judi, rasuah dan Rang Undang-Undang (RUU355) yang kononnya menjadi perjuangan parti itu sebelum ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa, Pas sebaliknya tidak layak memimpin negara kerana tiada pendirian tetap selain hanya ‘menunggang’ kaum Melayu dan agama Islam.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu berkata, lebih malang lagi apabila negeri Terengganu menjadi ‘pusat pembohongan’ Pas sejak sekian lama.

“Isu judi, arak antara yang diperjuangkan Pas dan Pas juga selama ini bersyarah jangan cenderung dengan orang yang zalim (rasuah), tetapi, sekarang ini isytihar harta pun tak sokong sebab dah jadi kerajaan,” katanya.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Jelajah Mega Harapan dalam hujan renyai di perkarangan jambatan angkat di sini, malam tadi.

Tambah calon Parlimen Kota Raja itu, PH yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dapat menawan beberapa kerusi Parlimen di negeri itu antaranya Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

“Mahu tidak mahu rakyat tetap perlu menunaikan tanggungjawab keluar mengundi meskipun timbul perasaan bosan dengan situasi politik tanah air,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×