Potret close up menghasilkan perincian - Utusan Malaysia

Potret close up menghasilkan perincian

Kamera Mirrorless, Kelajuan Pengatup 1/200, Bukaan f/6.3, ISO 100.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Untuk merakam potret yang baik, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, daripada pencahayaan yang betul dan peralatan kamera yang ideal kepada posing kreatif. Walaupun terdapat garis panduan, tiada peraturan yang khusus dan tetap dalam setiap bidikan.

Close up potret boleh menghasilkan foto lebih terperinci pada raut wajah seseorang. Fokus pada pencahayaan, penceritaan, latar depan dan ekspresi. Anda akan mengambil foto yang tulen dan menarik perhatian mana-mana subjek dengan elemen ini.

Kamera Mirrorless, Kelajuan Pengatup 1/160, Bukaan f/11.0, ISO 100.

Apabila mencipta sesuatu potret, ia sama seperti genre fotografi lain, kepentingan kepada komposisi untuk mencipta kesan visual dan hubungan adalah perlu diambil perhatian.

Potret perlu menyampaikan watak dan mood mengikut situasi semasa serta mengarang potret boleh menjadi agak sukar daripada yang difikirkan.

Terdapat beberapa perkara seperti pencahayaan, subjek yang betul, tetapan kamera dan lokasi yang diperlukan untuk membuat potret yang berjaya dan menarik.

Untuk mencipta close up potret menarik, kemahiran dan pengetahuan teknikal dalam membuat potret perlu ada dalam setiap individu.

Kamera Mirrorless, Kelajuan Pengatup 1/125, Bukaan f/10.0, ISO 200.

Salah satu faktor terpenting ialah teknik komposisi dalam menggubah sesuatu potret.

Penggunaan lensa yang tepat dan sesuai akan memberi impak maksimum terhadap hasil sesuatu imej potret.

Jangan sesekali mengabaikan penggunaan bukaan lensa.

Bukaan kecil atau besar akan memberi hasil yang berbeza dari segi Detail dan Lighting.

Susunan pencahayaan juga penting dan ia bergantung kepada kreativiti seseorang jurufoto.

Susunan pencahayaan yang bagus pastinya akan menghasilkan imej yang menarik dan berimpak tinggi mengikut situasi dan mood yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×