Fotografi makanan tidak perlukan peralatan canggih - Utusan Malaysia

Fotografi makanan tidak perlukan peralatan canggih

Susun atur makanan adalah untuk mempamerkan ciri terbaiknya dengan permukaan pelengkap dan subjek utama hidangan di tengah pinggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAIN faktor kelazatan makanan, restoran, trak makanan, kedai roti dan kek, fotografi juga memainkan peranan penting, menarik ramai pelanggan ke kedai mereka.

Untuk fotografi produk makanan yang cantik, ia sebenarnya tidak perlu mengupah jurufoto profesional atau membeli peralatan mahal.

Sebaliknya gambar yang kelihatan profesional boleh diambil dengan mudah dengan hanya berbekalkan kamera telefon pintar. Beberapa tips fotografi makanan, perlu anda ketahui:

* Letakkan subjek utama foto di tengah pinggan dan biarkan ada ruang di tepi. Ciri-ciri makanan seperti kesegaran, tekstur, warna, dan bentuknya perlulah diketengahkan dalam menampakkan kesedapan, kesegaran dan keindahan rupa sesuatu hidangan.

* Jurufoto juga harus bertindak sebagai pengaya makanan dengan menyusun makanan dan menghias koleksi aksesori dan alatan untuk membantu melengkapkan gaya makanan.

* Pencahayaan yang baik, asas untuk menekankan tekstur dan keseimbangan warna gambar makanan. Pencahayaan dari hadapan mempunyai kecenderungan untuk mencipta cahaya terang yang menghilangkan rupa tekstur makanan.

* Daya tarikan estetik makanan yang diambil, gambarnya harus menentukan cara sudutnya dalam gambar. Tiada cara yang betul atau salah, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diketahui. Contoh mengambil gambar kek mungkin kelihatan lebih menarik apabila dipotong berbanding gambar keseluruhan sebiji kek.

Depth of field pada makanan yang menjadikannya fokus kepada menu utama nasi hidangan.

* Warna beri impak yang baik. Faktor psikologi warna memberi kesan dalam fotografi makanan. Kelabu, hitam atau biru dianggap tidak menyelerakan untuk makanan sebaliknya merah dan kuning, berupaya merangsang selera.

* Jangan takut menjadi kreatif. Fotografi makanan adalah seni, bukan sains tepat. Walaupun ada beberapa garis panduan kasar yang akan membantu mendapatkan gambar makanan yang lebih baik, jangan biarkan ia menghalang anda daripada bereksperimen dengan teknik pencahayaan dan komposisi yang boleh membawa keunikan kepada fotografi anda. Perspektif yang lebih unik membolehkan fotografi makanan dipamerkan di media sosial mendapat perhatian pelanggan dan memanggil mereka untuk mencuba makanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×