Anthony Loke dicabar ke Bentong

Anthony Loke dicabar ke Bentong

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Penduduk Pekan Telemong di sini mencabar Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bertanding di kerusi Parlimen Bentong menentang Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Cabaran itu dibuat ekoran kenyataan Anthony Loke dalam sebuah akhbar berbahasa Cina minggu lalu bahawa DAP akan membenam kerjaya politik bekas Presiden MCA tersebut jika menjadi calon Parlimen Bentong.

Anthony Loke turut dilaporkan berkata, DAP sedang mengumpul ‘peluru’ khas Parlimen Bentong untuk digunakan bagi ‘menyerang’ Tiong Lai sehingga tiada peluang untuk bangkit dalam politik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Mah Fook Chong, 62, berkata, serangan terhadap Tiong Lai memperlihatkan bahawa DAP seolah-olah takut jika bekas Presiden MCA itu bertanding di Bentong.

“Memang tidak dinafikan walaupun tewas kepada Wong Tack dari DAP pada PRU14 lalu, tetapi Tiong Lai masih lagi mempunyai sokongan di kawasan ini.

“Jika berani dia (Anthony Loke) bertanding la di sini (Bentong) lawan Tiong Lai,” katanya di sini semalam.

Pengerusi Tokong Cina Kampung Manchis, Lee She Wah,67, menyifatkan Wong Tack seperti tin kosong yang hanya pandai bercakap tetapi prestasinya kosong menyebabkan Bentong ketinggalan.

Katanya, pengundi kaum Cina, Melayu, India dan Orang Asli menyokong Tiong Lai kembali ke Bentong bagi meneruskan agenda pembangunan yang belum selesai.

Penduduk Kampung Sungai Gapoi, M. Pachapan, 71, kecewa dengan Wong Tack yang mengabaikan kebajikan rakyat khususnya masyarakat India.

“Pengundi tersilap dan hanya membuang masa selama sepenggal menyokong Wong Tack yang cakap tak serupa bikin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×