Tak bertanding? Tiada masalah, kita masih UMNO - Tajuddin

Tak bertanding? Tiada masalah, kita masih UMNO – Tajuddin

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) secara berseloroh menyatakan penggantungannya selama enam tahun daripada parti UMNO tidak mendatangkan masalah buat dirinya.

Tajuddin ketika memberi soalan tambahan itu menegaskan, beliau bagaimanapun masih ahli UMNO dan dilihat menggunakan ruang di Dewan Rakyat terus ‘berkempen’ untuk parti itu sempena Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

“Bertanding tidak bertanding, itu tidak ada masalah, kita masih UMNO, no problem (tiada masalah).

“Itu gantung bukan gantung mati, apa ada masalah? Kalau nak gantung, gantung bagi mati…okay. Kalau tak mati, takut dia hidup balik,” katanya ketika menjawab celahan ahli parlimen yang mempersoalkan sama ada Tajuddin masih bertanding selepas digantung oleh UMNO di Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan itu turut mendapat reaksi Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang juga Setiausaha Agung UMNO, hanya tersenyum melihat tindakan Tajuddin.

Tajuddin sebelum itu meminta kerajaan menjelaskan senario cabaran ekonomi dalam dan luar negara, serta apakah tindakan kerajaan menanganinya demi menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat Keluarga Malaysia.

Jelasnya dalam soalan tambahan lagi, ini kerana negara mengalami kerugian ekonomi disebabkan kelemahan dari segi pelaksanaan berhubung aspek ekonomi dengan memberi contoh peladangan mengalami kerugian RM20 bilion setahun, serta Felcra juga mengalami kerugian sebanyak RM3 bilion hanya dalam masa sebulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×