Zurich Takaful serah pampasan RM100,000

Zurich Takaful serah pampasan RM100,000

FIONA Wilson (dua dari kanan) menerima pampasan RM100,000 dari Zurich Takaful dalam satu majlis di Kuching, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zurich General Takaful Malaysia Berhad (Zurich Takaful) menyerahkan pampasan sakit kritikal bernilai RM100,000 kepada salah seorang pelanggannya di Kuching, Sarawak.

Pampasan itu diserahkan kepada Fiona Wilson, 28, yang telah disahkan menghidap penyakit kanser pada 2021.

Fiona yang telah mendaftar pelan perlindungan takaful itu ketika masih sihat layak menerima pampasan sakit kritikal RM100,000 daripada pihak Zurich Takaful.

Lebih manis, penasihat takaful beliau ialah bapa dan adiknya iaitu Wilson Sigau Merang dan Paulus Wilson yang bertungkus lumus menguruskan sijil takaful serta pampasan tersebut.

Pampasan bernilai RM100,000 telah diserahkan kepada oleh Fiona oleh adik dan bapanya.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Pengarah Urusan Gemilang Empire ZFN (GEZFN), Mohd. Fahmi; Pengarah Eksekutif GEZFN, Wan Ezanidana dan Pengarah Agensi GEZFN, Firdaus Masleh.

Fiona berkata, Katanya, pampasan tersebut sangat bermakna dalam membantu kos rawatan kanser termasuklah kos untuk menjalani rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

“Dengan adanya pampasan ini dapat membantu diau dalam menguruskan kos-kos tersebut,” katanya yang kini telah menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, Mohd. Fahmi berkata, majlis penyerahan pampasan itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya tabung kecemasan khas seperti caruman takaful dalam membantu kos rawatan dan kehidupan saat diuji musibah besar.

“Kelebihan yang ada ketika ini di Zurich Takaful ialah pendaftaran sijil takaful tanpa perlu melalui saringan kesihatan meskipun seseorang itu telah disahkan mengalami sakit kritikal iaitu melalui produk Takaful Al-Shams dan Takaful Sure Cover,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×