PRU15: Musuh nasional tak boleh jadi teman di negeri

PRU15: Musuh nasional tak boleh jadi teman di negeri

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah seharusnya tidak membuat pendirian bertentangan dengan kepimpinan Pusat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Jeniri Amir berkata, ini berikutan timbul persoalan bagaimana mungkin sesebuah parti itu menjadi musuh di peringkat nasional, tetapi menjadi teman di peringkat negeri.

Jelas beliau, tindakan yang bertentangan itu juga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyokong Bersatu di negeri itu kerana PRU-15 adalah pemilihan untuk pembentukan kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…
DR. JENIRI AMIR

“Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor harus ikut pendirian pusat khususnya presiden parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kerana ini adalah pilihan raya umum, bukan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Jadi untuk Hajiji membuat pendirian bercanggah dengan pendirian diambil boleh menim­bulkan banyak tanda tanya. Ini sebenarnya tidak harus berlaku kerana tak boleh di satu pihak kata musuh BN, manakala di satu pihak lagi kata lain.

“Bersatu Sabah harus ada pendirian jelas kerana ini akan menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan, tak boleh berlaku perbezaan atau percanggahan.

“Mereka kena ingat bahawa GRS (sesuai) untuk peringkat negeri saja dan bukan peringkat Persekutuan. Maka, parti-parti komponen ketika ini perlu bertanding atas tiket sendiri dan akan bertembung khususnya sesama BN dan Bersatu,” kata­nya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, media melaporkan, Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, gabungan itu akan terus menyokong calon BN pada PRU-15, sekali gus bertentangan dengan Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan BN sebagai musuh utama.

Beliau berkata, ini kerana GRS telah berjanji untuk bekerjasama dengan BN bersama-sama membangunkan Sabah.

Mengulas lanjut, Jeniri ba­gai­manapun percaya, BN atau UMNO berkemungkinan tidak mudah terpedaya dengan so­kongan tersebut.

“Untuk UMNO mungkin mereka tak akan akur kerana itu hanya umpan untuk memerangkap BN di Sabah apabila (ke­pimpinan pusat Bersatu) jelas tak mahu (kerjasama) di peringkat (pusat).

“Maka, UMNO tidak akan berkompromi atau tetap anggap Bersatu sebagai musuh sama seperti PN menganggap BN sebagai musuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini